Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes Video Viral Pemilik...

SIASATAN terhadap kes video viral yang memaparkan seorang wanita yang didakwa pemilik sebuah...

Bayi Lelaki Ditemui Meninggal...

JASIN - Seorang bayi lelaki Muhammad Arash Zahrain Osman berusia setahun dua bulan...

Palanivel Pohon Maaf Kepada...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan...

11 Pelajar Cedera Bas...

KUALA KRAI - Seramai 11 pelajar cedera selepas bas sekolah yang dinaiki mereka...

Awas 300 Juta Pengguna Twitter

TWITTER hari ini, menggesa lebih 300 juta penggunanya untuk menukar kata laluan masing-masing selepas sejenis virus menyebabkan ia terdedah secara tidak sengaja.

Laman media sosial itu berkata, tiada bukti yang menunjukkan data itu didedahkan oleh penggodam, tetapi menasihatkan pengguna mengubah kata laluan mereka untuk tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, syarikat internet yang berpangkalan di San Francisco itu tidak menjelaskan jumlah kata laluan yang terjejas atau berapa lama masalah itu boleh menyebabkan data terdedah kepada pengintipan.

Ketua Pegawai Teknologi Twitter, Parag Agrawal di dalam satu kenyataan blog berkata, pihaknya meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

“Kami cukup kesal dengan apa yang berlaku,” katanya.


Gangguan itu berlaku ketika sektor ini berdepan pengawasan ketat terhadap perlindungan data peribadi dalam talian, susulan skandal Cambridge Analytica yang menyaksikan maklumat puluhan juta pengguna Facebook digodam dan disalahgunakan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori