Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Siasatan Kes Mercun Pada...

SHAH ALAM - Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kes letupan mercun pada perlawanan...

Vieira Pencabar Sengit Jadi...

PATRICK Vieira dikhabarkan menjadi pencabar sengit untuk kembali ke Arsenal sebagai pengurus. Kelab bola...

2,814 Ditahan Dalam Ops...

SUNGAI PETANI - Polis menahan 2,814 individu termasuk 1,302 warga asing kerana dipercayai...

Peruntukan KBS Lebih RM380...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah memohon peruntukan berjumlah lebih...

Azmin Terima Jawatan, Mahu Laksana Reformasi Ekonomi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azmin Ali sedia memainkan peranan yang lebih besar sebagai menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan dengan melaksanakan reformasi ekonomi.

Beliau yang dilantik sebagai anggota kabinet oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Ujar Azmin, dia menerima jawatan tersebut selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akan berusaha menyelamatkan negara daripada krisis ekonomi.

“Saya menerima amanah dan tanggungjawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi dengan kesedaran untuk melaksanakan reformasi ekonomi demi menyelamatkan negara daripada krisis akibat kecelaruan dasar-dasar pentadbiran sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di lawan webnya, hari ini.

Azmin Menghadap Sultan Selangor

Timbalan Presiden PKR itu berkata, pertemuannya dengan Mahathir tempoh hari telah menyaksikan perdana menteri itu mememperincikan skop, fungsi dan tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Dalam pertemuan itu juga, beliau telah menzahirkan pandangan kepada Dr. Mahathir agar kerajaan Pakatan Harapan dapat membentuk sebuah kerajaan yang tampan, cekap dan berkesan.

Justeru, Azmin komited untuk membangunkan ekonomi negara melalui penjanaan peluang pekerjaan serta meningkatkan Foreign Direct Investment (FDI).

“Sebagai memenuhi aspirasi rakyat, saya komited kepada usaha membangun sebuah ekonomi yang kuat dan rancak, mencipta nilai, menjana peluang pekerjaan, serta meningkatkan FDI

“Saya ingin memberi jaminan kepada pelabur domestik dan pelabur asing bahawa kerajaan baharu ini adalah business-friendly dan mesra pelabur dengan berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Azmin turut menjunjung kasih di atas perkenan Sultan Selangor untuknya menjadi ahli kabinet di peringkat Kerajaan Persekutuan selepas mendengar penjelasan mengenai skop kerja kementerian baharu itu.

Azmin juga menzahirkan rasa terima kasih kepada Sultan Sharafuddin atas nasihat dan pedoman sepanjang beliau mengemudi kerajaan negeri Selangor.


“Perkenan Tuanku ini adalah atas penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri tentang skop kerja dan bidang kuasa Kementerian yang baharu.

“Dengan setulus hati, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih di atas titah nasihat dan pedoman yang diberikan oleh Tuanku sepanjang saya mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azmin juga berazam untuk memacu daya saing ekonomi negara demi meletakkan kembali Malaysia di kedudukan utama dalam kepimpinan ekonomi rantau ini.

Menerusi kenyataan itu juga, Azmin bertekad untuk memastikan keadilan sosial terlaksana di mana kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama.

Azmin mengambil kesempatan untuk memberikan penghargaannya kepada rakyat Selangor terutamanya anggota perkhidmatan awam dan warga belia negeri itu dan menganggap pemergiannya sebagai satu tanggungjawab untuk negara.

“Amat berat untuk saya meninggalkan rakyat Selangor. Namun, saya insaf bahawa saya juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ini adalah panggilan tanah air.

“Justeru, saya mempunyai tanggungjawab moral untuk memberikan khidmat dan bakti kepada bangsa dan negara,” katanya.

Terdahulu, Azmin mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menerima jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Buat masa ini, Azmin masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor untuk sementara waktu sehingga tempoh peralihan kuasa dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori