BEKAS pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar mengumumkan menerusi laman Instagram bahawa beliau sudah selamat mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya.
Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini turut memaklumkan bahawa suaminya kini merupakan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan dalam majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz di Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu. Suami Azrinaz iaitu Fairos juga merupakan teman lama yang sudah dikenali sejak 20 tahun lalu tetapi kembali menjalin hubungan setahun lalu.
“Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua,” kongsinya.
Selain itu dia turut memohon maaf kerana tidak berkongsikan berita tentang perkahwinannya itu terlebih dahulu selain turut menjelaskan bahawa dia mahukan privasi di dalam melayari bahtera rumah tangga.
Tahniah buat Azrinaz dan Fairos, semoga berbahagia ke anak cucu! – MYNEWSHUB.CC