Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan 1 Maut...

TAIPING - Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Johan, Trong maut...

“Dia Tak Pulang Awal,...

DUNGUN - "Suami saya tidak dapat pulang awal kerana dia sedang rancak menangkap ikan, namun dia berjanji akan...

Pengasuh Tadika Didakwa Dera...

KUALA LUMPUR - Seorang pengasuh di sebuah tadika hari ini mengaku tidak bersalah...

7,485 Mesin Judi Komputer...

PETALING JAYA - Sebanyak 7,485 set mesin judi berkomputer bernilai kira-kira RM3.7 juta...

Bakat Paling Utama, Amar Okay Nama Tak Popular

DIBERI kepercayaan memegang watak utama tidak menjamin nama pelakon Amar Asyraf menjadi sebutan peminat walaupun dia pernah membintangi drama rantaian popular, Setia Hingga Hujung Nyawa bersama Nelydia Senrose pada sekitar 2012 lalu.

Kini, Amar masih setia menunggu peluang bagi dia mengulangi semula detik cemerlangnya sebagai seorang pelakon pada ketika dahulu.

Walaupun tidak terlalu dikenali oleh generasi baru, Amar tetap sering mendengar nasihat isterinya sebagai panduan untuk dia berasa bersyukur dengan kejayaannya pada masa kini.

“Saya tiada masalah kurang popular. Apa yang penting, orang tetap ingat siapa saya. Bagi saya, memadai jika masih dikenali, asalkan jangan tenggelam terus. Itu lebih menakutkan, terutama bagi mereka yang mencari makan dalam bidang ini.

“Saya menjadikan pelakon berpengalaman seperti Arash Mohd sebagai contoh. Mungkin namanya tidak terlalu popular, tetapi dia dikenali dan masih bertahan sampai sekarang. Saya percaya populariti bukan ukuran jangka hayat seseorang artis,” katanya dipetik daripaada portal BH Online.

Selain itu, pelakon kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu tetap bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan daripada beberapa penerbit dan dia turut meletakkan mutu lakonan sebagai keutamaan baginya.

Dalam masa yang sama, Amar pernah menghadapi fasa kekecewaan apabila impiannya untuk menjadi pengarah tidak kesampaian tetapi ia tidak membuatkan pelakon berusai 31 tahun itu mengalah.

Dia kini masih lagi kencari peluang untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengarah pada masa akan datang.


Minatnya terjadap kerja di balik tabir nyata mendalam tetapi mungkin belum sampai rezeki buatnya untuk duduk di kerusi penting itu.

“Saya minat kerja di belakang kamera terutama bidang pengarahan dan masih lagi menanti peluang untuk mencurahkan kreativiti. Sebelum ini, saya pernah menghasilkan beberapa karya menerusi iklan yang tular di media sosial.

“Mungkin pengalaman itu belum memadai untuk saya meraih kepercayaan lebih besar. Sesekali kecewa juga kerana masih belum dapat membuktikan kemampuan. Tetapi, itu bukan alasan untuk membiarkan cita-cita saya begitu saja.

“Masa saya masih panjang dan saya akan terus berlakon dan mencari ilmu sementara menanti peluang keemasan itu datang,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, kini Amar sedang sibuk menjalani penggambaran bagi filem Ratu Kalau Jengking: Puteri Kerana dibawah terbitan A Aida Production selama 35 hari bertempat di Kota Tinggi, Johor.

Filem berkenaan bakal menemui penonton pada awal tahun hadapan, antara pelakon lain ialah Nadia Brian, Firman, Mas Khan, Eyra Hazali, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Aprena Manrose, Raja Azmi dan Datuk Fizz Fairuz. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori