SELAIN golongan selebriti yang bersemangat bagi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ratu Terjun Negara iaitu Pandelela Rinong Anak Pamg turut antara yang turun mengundi.
Atlet berusia 25 tahun itu merupkan antara tarikan utama suasana mengundi di Sarawak hari ini.
Dalam masa yang sama, ia turut merupakan pengalaman pertama kali buatnya bagi menunaikan kewajipannya sebagai seorang rakyat Malaysia.
Pandelela turut ditemani oleh bapanya ketika di pusat mengundi dekat Perpustakaan Taman Samarindah Kota Samarahan Sarawak pada pagi tadi.
“Saya cukup teruja kerana ini baru pertama kali turun mengundi dan menunaikan kewajipan sebagai warganegara.
“Bagi memastikan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan lancar, saya bangun seawal 6.30 pagi dan tiba di pusat mengundi pada 8.15 pagi,” katanya dipertik daripada portal Harian Metro.
Sama seeprti rakyat lain, dia turut berasa gembira dan teruja atas pengalaman pertama kalinya itu.
Seramai 18 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dipertanggungjawabkan di sana bagi memastikan kelancaran pembuangan undi oleh 898 pengundi yang berdaftar. – MYNEWSHUB.CC/AH