HASRAT seorang banduan untuk melarikan diri dari penjara dengan mengorek terowong menerusi lubang tandas dalam bilik penjaranya tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat kelemasan.
Ketika itu, Judson Cunha Evangelista, 26, sudah mengorek terowong sejauh 70 meter apabila dia dipercayai lemas akibat kekurangan oksiden dalam terowong yang sempit itu.
Penjara yang mempunyai kawalan ketat itu terletak di Boa Vista, Brazil.
Terowong itu dipercayai mengambil masa selama berbulan-bulan untuk digali dan dilaporkan ia hanya beberapa meter daripada sampai ke hutan.
Judson dipercayai bercadang membawa banduan lain untuk melarikan diri bersamanya.
Beberapa beg mengandungi tanah dan kabel elektrik ditemui dalam terowong itu.
Dalam pada itu, jabatan penjara memaklumkan seramai 150 anggota polis telah mengambil masa selama tujuh jam untuk mengesan terowong berkenaan susulan kematian Judson.
Terowong itu kini telah ditutup dengan konkrit. – MYNEWSHUB.CC