Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

8 Borang Pencalonan PRK...

REMBAU - Sebanyak lapan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Polis Kena Bantu Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP membantah tindakan polis menahan seramai 29 individu termasuk...

1,126 Penumpang SkyCab Selamat...

LANGKAWI - Kesemua 1,126 penumpang dan kakitangan perkhidmatan SkyCab yang terkandas di Gunung...

Adun Pengkalan Kubor Meninggal...

KOTA BHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar...

Bangsal Jadi Kereta, Tukang Kebun Pecah Rekod Dunia

CARMARTHENSIRE – Seorang tukang kebun berjaya memecahkan rekod peribadi apabila memandu sebuah bangsal bergerak selaju 162.5 kilometer sejam (km/j) di Pendine Sands, Wales di sini.

Sebelum ini, bangsal bermotor yang sah digunakan untuk pemanduan di jalan raya itu pernah mencatat rekod Dunia Guinness dengan kelajuan 128.7km/j.

Pemilik bangsal itu, Kevin Nicks, 53, dari Chipping Norton di Oxfordshire, Britain melahirkan rasa gembira dengan rekod yang dicipta pada Sabtu lalu.

Nicks, pada awalnya menghabiskan masa selama 12 bulan untuk membina bangsal itu bagi membawa anak perempuannya ke sekolah.

Dia membelanjakan lebih ÂŁ13,000 (RM69,600) untuk membina bangsal berkenaan dengan menggunakan sebahagian komponen sebuah kereta Volkswagen Passat.


Bapa kepada seorang anak itu kemudian menggantikan enjin bangsal itu kepada jenis Audi RS4 serta melakukan talaan suspensi untuk membantu ciptaan rekod baharu tersebut. – WalesOnline

Kategori