Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Johor Cadang Kenakan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri Johor bercadang mengenakan Caj Pemajuan ke atas pembangunan...

Adidas Memperlihatkan Konsep 3D...

PERCETAKKAN 3D telah memudahkan proses menghasilkan beberapa perkara, termasuk turut dikaji dalam arena perubatan...

Kastam Masih Terima Aduan...

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) masih lagi menerima aduan mengenai invois...

Sarawak Eksport Bersih Makanan...

KUCHING - Sarawak mahu menjadi pengeksport bersih hasil dan produk pertanian berkualiti tinggi...

Bantuan JKM Tak Perlu Sokongan ADUN Atau JKKK

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka memutuskan sebarang permohonan untuk bantuan kebajikan di negeri ini tidak lagi memerlukan sokongan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) ataupun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata penilaian dan penelitian akan dilakukan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menentukan tahap kelayakan pemohon mengikut kriteria ditetapkan.

“Sebelum ini, setiap permohonan perlu mendapatkan sokongan daripada ADUN ataupun JKKK tetapi kita berhasrat memulangkan semula profesionalisme JKM kerana berpendapat penilaian terbaik dalam menentukan tahap kelayakan penerima bantuan adalah daripada pihak mereka sendiri.

“Dalam masa sama, kita berharap agar semua ADUN mengambil maklum mengenai kebajikan yang disalurkan oleh JKM (di kawasan masing-masing) dalam usaha membantu golongan sasar,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata nilai peruntukan Jabatan Ketua Menteri yang telah digunakan untuk khidmat masyarakat Ketua Menteri adalah sebanyak 90 peratus daripada RM450,000.

“Oleh itu, nilai peruntukan berbaki dalam 10 peratus lagi. Namun kita di peringkat pengurusan dah berbincang dengan ketua (pegawai) kewangan dan menemui beberapa jalan penyelesaian termasuk amalan berbelanja secara berhemah.

“Selain itu, kita akan menyusun semula keperluan dan pengurusan kita di peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) yang mana bermula minggu ini peruntukan akan mula disalurkan kepada semua wakil rakyat yang dipilih termasuk pembangkang,” kata Adly.


Sementara itu, Adly menyeru agar semua jabatan dan agensi kerajaan negeri ini mengamalkan perbelanjaan berhemah terutama melibatkan lawatan ke luar negara bagi tujuan promosi pelancongan.

“Ini disebabkan kaedah perbelanjaan yang harus diberi keutamaan adalah pembangunan infrastruktur pelancongan negeri berbanding lawatan luar negara ataupun majlis yang tidak melibatkan pembangunan pelancongan yang mana harus dinilai semula,” katanya.

Dalam pada itu, Adly yang juga ADUN Bukit Katil berkata sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri akan diadakan pada 23 Jun depan di perkarangan tempat letak kereta Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) Ayer Keroh di sini.

“Bagaimanapun, peruntukan mungkin akan dikurangkan hingga separuh berbanding sebelum ini yang menelan kos hampir RM3.3 juta bagi mengimbangi semula bajet kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori