Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Kematian Zulfarhan, 6...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 18...

Tahanan Lolos: Anggota IPD...

SHAH ALAM - Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang...

Penganggur Dipenjara & Sebat...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur yang menipu seorang ejen hartanah membabitkan wang berjumlah...

Penganggur Dihukum Mati Bunuh...

SHAH ALAM - Perbuatan zalim seorang penganggur berbalas selepas dijatuhi hukuman mati oleh...

Bantuan Kerajaan BN Tidak Bermusim – Zahid

BAGAN DATUK – Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalurkan bantuan kepada rakyat secara berterusan dan bukannya bermusim, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat prihatin dengan nasib rakyat terutama golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.

“Kita (kerajaan BN) tidak hanya memberi bantuan pada waktu tertentu terutamanya menjelang musim pilihan raya umum,” katanya.

Ahmad Zahid ditemui pemberita ketika mengunjungi rumah seorang daripada penerima bantuan bersempena program Kembara Jalinan Kasih (KJK) penyerahan rumah baik pulih Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Parlimen Bagan Datuk di sini, hari ini.

Lima keluarga sekitar Kampung Sungai Ular, Kampung Sungai Burung dan Kampung Pasang Api menerima sumbangan titik sentuhan menerusi program KJK anjuran Jabatan Penerangan Malaysia berupa bantuan perubatan dan keperluan harian.

​​​​​​​KJK bertujuan mendampingi masyarakat setempat secara langsung menerusi aktiviti kemasyarakatan selain pelaksanaan aktiviti pemasaran maklumat bagi melahirkan komuniti setempat yang bermaklumat serta memperkukuhkan ikatan silaturahim antara pemimpin dan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat.

​​​​​​​Seorang penerima, Rakiah Aman, 67, dari Kampung Sungai Burung melahirkan rasa terharu namun gembira kerana menerima bantuan baik pulih rumah yang didiaminya sejak 50 tahun lalu telah uzur.


​​​​​​​”Kebanyakan bumbung telah bocor, dinding dan lantai rumah telah rosak tetapi mak cik tak mampu kerana tidak mempunyai sumber pendapatan tetap dan makcik ucap berbanyak terima kasih kepada pihak yang membantu,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim dalam ucapannya pada Program Majlis Kenduri Kampung berkata rakyat di negara ini dapat menikmati pelbagai kemudahan dan maklumat termasuk khidmat kemanusiaan yang telah disediakan oleh kerajaan Persekutuan.

“Ini kerana lebih banyak kita digitalisasi lebih banyak kita (memberi khidmat) kemanusiaan iaitu hubungan antara satu sama lain atau hubungan secara bersemuka dapat kita laksanakan dengan lebih jaya,” katanya.

Ibrahim berkata program KJK akan diteruskan pada masa akan datang bagi memenuhi permintaan masyarakat setempat menerusi peruntukan yang disediakan supaya tidak ada yang terpinggir dan tertinggal dalam arus pembangunan negara. – BERNAMA

Kategori