AKIBAT perbuatan melampau seorang instafamous, Faiz Roslan yang dengan tanpa rasa serba salah mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadan, hal itu telah mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Kini, Mufti Wilayah itu telah membuat satu surat terbuka untuk ditujukan kepada Faiz serta turut menjemput dia bersama rakan-rakannya untuk berjumpa dengannya di pejabat Mufti Wilayah.
“Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif ViralĀ tempoh hari dan berbincang dengan baik.
“Saya dengan penuh hati dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya,” tulisnya dalam posting baharunya di media sosial.
Sebelum ini, Faiz dan rakan-rakannya telah banyak kali membuat video parodi dengan berpakaian seperti seorang wanita.
Namun, perkara itu bertambah serius selepas mereka memuatnaik video baru pada 1 Ramadan lalu seterusnya telah menaikkan kemarahan masyarakat umum.
Bukan sahaja dicemuh oleh masyarakat, perbuatan itu turut dikutuk sekerasnya oleh ramai selebriti tempatan serta pendakwah di Malaysia.
https://www.instagram.com/p/BjWuiiUBkAG/?taken-by=khiriah17
Malah, mereka turut dijemput ke program Motif ViralĀ untuk ditemukan bersama pendakwah Dai’e Wan Dazrin kerena beliau sudah beberapa kali menasihatai mereka supaya tidak mengulangi lagi perkara terkutuk itu tetapi hasilnya tetap sama.
Sayang seribu kali sayang… Semalam, Faiz dengan tanpa rasa segan silu telah mengakui bahawa dia dan rakan-rakannya tidak berpuasa di bulan Ramadan hanya kerana alasan tidak menunaikan solat lima waktu.
Katanya, jika dia berpuasa, dia hanya menyiksa dirinya dengan menahan lapar sahaja serta pengakuannya itu turut bagaikan menjatuhkan agama Islam.
Disebabkan berang dengan perkara itu, banyak pihak turut memohon agar pihak mufti mengambil tindakan terhadapnya.
Tetapi menurut Zulkifli, tindakan undang-undang yang ingin diambil adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
“Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan.
“Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,” tulisnya lagi.
Kini, akaun Instagram milik Faiz sudah tidak dapat diakses kemungkinan akibat telah dihapuskan oleh pihak Instagram atau dia sendiri telah menyahaktifkan akaunnya akibat desakan banyak pihak. –Ā MYNEWSHUB.CC/AH