Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MotoGP: Litar Kering Pilihan...

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengharapkan keadaan litar...

IPD Kulai Tawar Diskaun...

JOHOR BAHRU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menawarkan diskaun 50 peratus...

Lelaki Mengamuk Sari Isteri...

HYDERABAD - Rakaman dimuat naik ke Internet menunjukkan seorang lelaki menyerang orang ramai...

DC United: Kelibat Wayne...

BINTANG sensasi Everton Wayne Rooney masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Goodison...

Baru Kerja Sebulan, Rompak RM2.5 Juta Duit Syarikat

SEORANG lelaki baru bekerja sebulan berjawatan pengurus syarikat umpama musuh dalam selimut apabila merompak RM2.5 juta duit syarikat miliknya dengan bersenjata hari ini di Gombak.

Lapor Harian Metro, suspek yang berusia 38 tahun telah merompak di bilik kebal syarikat kawalan keselamatan di Sungai Dua, Rawang sekitar jam 3 pagi.

Menurut seorang kakitangan syarikat kawalan keselamatan berkata, suspek mahu menumpang tidur di pejabat itu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat berkenaan, suspek dilihat keluar pada jam 12 tengah malam sebelum masuk semula ke premis berkenaan jam 2 pagi.

“Pada jam 3 pagi, tiga pengawal keselamatan yang bertugas dikejutkan lelaki berkenaan yang memaklumkan bilik kebal tidak berkunci.

“Kemudian, dia berlari ke bilik kebal berkenaan yang terletak di tingkat atas bangunan sambil membawa senapang. Suspek mengacu senapang di belakang badan tiga pengawal keselamatan terbabit sebelum mengurung mereka di bilik berhampiran,” katanya.

Syarikat kawalan keselamatan di Sungai Dua, Rawang dirompak.

Suspek telah masuk ke dalam bilik kebal dan memasukkan sejumlah wang tunai sebanyak RM2.5 juta ke dalam begnya.

Selepas mengaut wang tersebut yang mengambil masa kira-kira 20 minit, dia telah melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Pengawal keselamatan yang dikurung memaklumkan suspek sempat memberitahu dia bertindak demikian atas masalah wang dan keluarga selepas bercerai dengan pasangannya.


Senapang yang dirampas suspek dari pengawal keselamatan telah ditinggalkan di bilik kebal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kejadian itu didalangi orang dalam. Usaha memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan serta samun bersenjata,” ujarya.

Semua wang rompakan dipercayai telah dikumpulkan dari pelbagai syarikat dan agensi sejak 8 Mei lalu dan bakal dimasukkan ke dalam bank. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori