Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Anzalna ‘Hilang’ Setahun Untuk...

KUALA LUMPUR - Pelakon Anzalna Nasir berkata, kehilangannya selama kira-kria setahun kerana mahu...

Pekerja Lapangan Terbang Ditampar...

CHINA - Gara-gara terlalu berang dengan peraturan had saiz bagasi, seorang wanita dengan...

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan agar Bantuan...

Gadis Minta Driver Teksi...

TEKNOLOGI media sosial yang semakin hari berkembang ini kadang-kala digunakan dengan cara salah...

Baru Nak Mula Bercinta Lagi, Mimifly Single Kembali…

SUDAHLAH rumah tangga dibina musnah dibadai ombak… Baru sahaja menjalinkan hubungan cinta bersama seorang jejaka keturunan Arab, kini penyanyi Mimifly sekali lagi menyandang status ‘single’.

Baca: Setahun Rawat Hati, Mimi Sedang Kenali Seseorang

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham mengakui bahawa sikap cemburu buta kekasih hati merangkap jurulatih peribadinya itu menyebabkan hubungan mereka musnah begitu sahaja.

“Sekarang ini, saya sudah kembali single. Bagaimana mana hubungan mahu bertahan kalau belum apa-apa sudah cemburu buta. Baru peringkat kenal hati budi, sudah berani tunjuk sikap cemburu tidak bertempat,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Malah Mimi turut menegaskan bahawa dia sudah tidak sanggup mahu meneruskan hubungan kerana terlampau makan hati.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun itu memberitahu bahawa sebelum mereka berkenalan, jejaka itu tidak mengetahui bahawa Mimi merupakan seorang artis.

Tak lama kemudian sifat cemburu mula menebal dalam diri jejaka berkenaan sehingga membuatkan dia tidak tahan lagi untuk meneruskan hubungan.

Insiden tersebut turut membuatkan Mimi berasa tidak yakin untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki dalam masa terdekat ini.


“Terus-terang, memang susah sebenarnya mencari pengganti bekas suami. Bagi saya, dia lelaki terbaik pernah saya jumpa. Cuma, jodoh kami tidak panjang,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Mimi telah muncul dengan single baharunya berjudul Superfly sekitar pertengahan Mei lalu.

Sebelum ini, Mimi mendirikan rumah tangga dengan salah seorang anggota kumpulan One Nation Emcee merangkap pengurus peribadinya iaitu Mohd Firdaus Hajar pada 2015 lalu.

Namun hubungan itu telah musnah pada penghujung tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori