LAMA menyepi selepas melahirkan anak kembar yang comel, pelakon Datin Paduka Eina Azman kini kembali membawa watak antagonis selepas ‘berehat’ selama empat tahun daripada membawa watak berkenaan.
Bagi Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, dia akui bahawa berasa sedikit berdebar bagi menghidupkan karakter wanita jahat dalam drama Rahsia Hati Perempuan.
“Sebelum ini, saya ada menerima tawaran berlakon drama. Namun, saya menolak kerana sudah lama berehat. Saya juga tidak mahu tampak kekok dan mengganggu produksi.
“Cuma apabila tawaran baru ini tiba, saya mendapat karektor berbeza. Saya menjadi memegang watak wanita yang mahu kembali kepada bekas kekasih dan mencuba pelbagai cara untuk menambat hati si jejaka,” katanya dipetik daripada portal BH Online.
Tambahnya, peluang yang diambilnya itu kemungkinan dianggap sebagai pembuka jalan buat ibu kepada dua cahaya mata itu untuk kembali aktif semula dalam bidang lakonan.
Dalam masa yang sama, ibu muda berusia 23 tahun itu juga berasa sedikit gementar untuk menantikan reaksi penonton dan turut berharap agar tiada yang membencinya kerana watak berkenaan.
Malah, Eina turut memberitahu bahawa dia sudah lakukan yang terbaik bagi menghidupkan watak tersebut serta berharap akan membuatkan penonton berapa puas hati.
Bagaimanapun, sebelum ini, Eina pernah dikecam oleh penonton selepas lakonanya dalam drama Selamat Pengantin Madu yang menampilkan Aiman Hakim Ridza dan Fasha Sandha membuatkan penonton membenci dirinya.
“Saya terbuka hati menerima tawaran berlakon kerana anak-anak sudah besar, jadi tidaklah ralat meninggalkan mereka. Bukan apa, tidak tenang bekerja memikirkan anak-anak masih kecil di rumah.
“Suami izinkan saya kembali aktif kerana tahu lakonan sudah menjadi minat saya. Cuma, saya harus bijak membahagikan masa sebagai isteri dan ibu,” ujarnya lagi.
Eina telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Datuk Paduka Kaiser Abdullah pada tahun 2004 lalu dan dikurnaikan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Drama Rahsia Hati Perempuan merupakan karya dibawah arahan Michael Ang serta dibarisi oleh pelakon antaranya ialah Mira Filzah, Uqasha Senrose, Ogy Ahamd Daud, Fikry Ibrahim, Hisham Hamid dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH