Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dua Lelaki Didakwa Bunuh,...

PORT DICKSON: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh,...

Operasi Kebakaran HSA Selesai...

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran di wad...

Pesta Liar: 18 Individu...

KUALA LUMPUR - Seramai 18 individu termasuk pelakon wanita, dibebaskan dengan jaminan polis...

Budak Dipukul Ekoran Kad...

LABUAN - Akibat berang setelah kad memori telefon bimbit miliknya tersalah letak, seorang...

Bayi 7 Bulan Nyaris Maut Akibat Kecuaian

SEORANG bayi berusia tujuh bulan hampir lemas ketika jalani latihan renang di sebuah pusat jagaan bayi, gara-gara penjaga kolam di situ tidak memberikan sepenuh tumpuan terhadap bayi di bawah jagaannya.

Ketika kejadian, neck float bagi membantu bayi berkenaan terapung dalam air telah terbalik, menyebabkan kepala bayi tersebut berada di dalam air selama 46 saat.

Kakitangan di situ kemudiannya menarik bayi itu dari kolam yang terletak di China. Ketika kejadian, ibu bayi tersebut, Zhang berada di kedai bersebelahan pusat jagaan bayi itu untuk membeli susu formula anaknya.

Zhang berkata, kebetulan ketika itu susu formula anaknya telah habis menyebabkan dia terpaksa mendapatkan susu yang baru, kerana kebiasaannya bayi terbabit akan menangis mahu minum susu selepas berakhirnya latihan renang.

Dia mendakwa telah meminta penjaga kolam itu memerhatikan anaknya sementara dia membeli susu di kedai itu.

“Penjaga kolam itu telah berlari ke arah saya sambil membawa anak saya yang hampir lemas. Ketika itu bibirnya menjadi biru dan terdapat kesan calar di mukanya, yang dipercayai terkena kuku sewaktu anak saya meronta-ronta dalam air.

“Saya kemudiannya menepuk belakangnya dan beberapa minit kemudian dia menangis,’’ kata Zhang.

Meskipun pusat berkenaan menghubungi ambulans, namun Zhang yang kesuntukan masa telah membawa sendiri anaknya ke hospital.


Bayi itu kini ditempatkan di hospital dan mungkin mengalami radang paru-paru tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah kemungkinan kurangnya oksigen ke otaknya.

Pada masa ini, pusat jagaan kanak-kanak itu masih bertelagah mengenai siapa yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut.

Zhang menegaskan ketika itu hanya ada dua bayi sahaja jadi ia adalah salah penjaga kolam. Dia juga telah membuat laporan polis. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori