Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Mizan Rasmi Taman...

DUNGUN - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Taman Herba...

Gagal Serah Penyata, Syarikat...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan baharu Monspace Sky Airlines Suasa Sdn. Bhd. telah...

Mahkamah Arah Serah Salinan...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin mengarahkan pasukan pendakwaan menyerahkan...

81 Individu Dari Itali...

NILAI - Seramai 81 individu terdiri daripada rakyat Malaysia dan tanggungan serta enam...

Bayi Hidap Sindrom Rambut Cacak Macam Einstein

TAYLOR McGowan baru berusia tujuh bulan tapi dia memiliki rambut yang unik dan kelihatan seperti sainstis, Albert Einstein. Keadaan ini menjadikan Taylor sebagai tumpuan setiap kali dia keluar rumah.

Dia menghidap Uncombable Hair Sydrome (UHS) iaitu keadaan di mana rambutnya sukar dirapikan dan akan sentiasa tercacak.

Disebabkan rambut unik Taylor itu, ibubapanya memanggil dia dengan gelaran ‘Einstein 2.0’ dan sainstis itu juga dikatakan mengalami UHS.

Meskipun ibubapanya, Cara dan McGowan menggunakan pelbagai cara termasuk menyikat rambut anak mereka itu, namun rambut Taylor tetap menegak.

“Pada mulanya, kami menyangka dengan meletakkan sedikit air maka rambutnya akan leper tetapi rambut Taylor kembali menegak. Saya tidak mahu meletakkan bahan-bahan kimia atas kepalanya dan menggunakan aloe vera sebagai gel tapi keadaan tetap sama.

“Kami cuba macam-macam cara tapi tak berjaya,” kata Cara yang menetap di Chicago.


Tapi ada kalanya Cara berasa sedih apabila ada segelintir orang yang akan ketawa melihat rambut anaknya, seolah-olah ia sangat pelik.

Setiap kali keluar rumah, sudah pasti Taylor akan menjadi perhatian hingga ada yang bertanya sama ada Taylor terkena renjatan elektrik disebabkan rambutnya tercacak.

“Kadang-kadang ia menyukarkan. Kami mahu bercampur dengan orang ramai tapi memenatkan apabila kadang-kadang terpaksa berhenti 9 ke 10 kali oleh mereka yang ingin bertanyakan mengenai rambut Taylor,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori