Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Audio Mirip Anwar, Zahid:...

MARANG - PAS menyifatkan penyebaran rakaman audio didakwa melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri...

MUDA Bakal Atasi PKR?

Apakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersilap langkah mempercayai Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Tabung Haji Lepas RM2.6...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah...

Bomba Lahad Datu Selamat...

LAHAD DATU - Tindakan pantas Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu memberi respons...

Bekalan Keperluan Aidilfitri Dijamin Mencukupi

PUTRAJAYA – Bekalan barangan keperluan seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah mencukupi sepanjang bulan Ramadan sehingga Aidilfitri ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas, Tani Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata selain bekalan mencukupi, harga barangan tersebut juga dijamin stabil sepanjang Ramadan sehingga menjelang Hari Raya.

“Sekatan eksport sudah pun dilaksanakan sejak 1 Mei bagi menjamin barangan keperluan dalam negara mencukupi pada musim Aidilfitri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Ambang Ramadan Putrajaya di sini hari ini.

Antara barangan ditawarkan dengan potongan harga di Pasar Tani Ambang Ramadan itu, ialah bawang merah besar, cili merah segar, bawang putih, bawang besar Holland, tembikai dan kubis bulat.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam kenyataannya menjelaskan Pasar Tani Ambang Ramadan berlangsung dari 12 Mei sehingga esok, di 290 lokasi terpilih seluruh negara.

Pasar Tani Ambang Ramadan menawarkan pelbagai keperluan dengan penjimatan antara lima dan 20 peratus.


“Mulai 1 Ramadan, 724 lokasi pasar tani seluruh negara akan terlibat dalam pasar tani Ramadan yang menawarkan jualan barangan keperluan Hari Raya.

“Pasar tani Ramadan dijangka semakin rancak pada minggu akhir Ramadan dengan jualan kuih raya dan pelbagai kelengkapan Aidilfitri yang lain pada harga berpatutan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori