Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

12 Pemimpin PAS Di...

JELEBU - Dua belas pemimpin PAS kawasan Jelebu mengisytiharkan keluar parti susulan keputusan...

Hanya Catat Tiga Kes...

BEIJING: Lebih sejuta penduduk di Yuzhou di wilayah Henan dikenakan perintah berkurung selepas...

Promosi Makanan Warisan Perbelanjaan...

SHAH ALAM – Usaha memperkenalkan makanan warisan Malaysia ke luar negara memerlukan perbelanjaan...

Tiada Isu Lulus Peruntukan...

KIMANIS - Pengumuman peruntukan RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan ll dekat...

Bekas Bendahari UMNO Dedah Penyelewengan Rais

JELEBU – Kesal dengan sikap Tan Sri Dr. Rais Yatim bersengkongkol dengan pembangkang, bekas Bendahari UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Zainal Abidin Ahmad hari ini mendedahkan mengenai salah laku bekas ketuanya itu.

Beliau dalam sidang medianya hari ini mendakwa, Rais sewaktu menjadi Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada tahun 2013 memalsukan minit mesyuarat UMNO Bahagian Jelebu untuk mengambil alih tanah UMNO di sini.

Dakwa beliau, Rais menggunakan pengaruhnya sebagai Ketua UMNO Bahagian Jempol untuk mengambil tanah UMNO tersebut bagi membina Yayasan Budi miliknya.

Zainal Abidin turut mendakwa Rais malah melakukan penyelewengan melibatkan penggunaan wang berjuta-juta ringgit dalam akaun UMNO bahagian.

Dakwanya, beliau pernah bertanya kepada Rais berhubung isu tentang penyata kewangan itu pada akhir tahun 2013, tetapi Rais tidak memberi sebarang jawapan.

“Saya akan buat laporan polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil dalam isu ini kerana saya percaya ada unsur salah guna kuasa,” katanya dalam sidang media tersebut.


Zainal bagaimanapun mengakui beliau mendedahkan perkara itu selepas beberapa tahun isu itu timbul kerana kesal dengan perbuatan Rais mengkhianati Barisan Nasional (BN)

Rais dan dua veteran UMNO lain yang pernah berkhidmat untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini giat berkempen untuk gabungan parti pembangkang termasuk DAP yang akan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PRU14. – MYNEWSHUB.CC

Kategori