Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

EMD Akan Dipasang Kepada...

KUALA LUMPUR - Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) akan dipasang kepada individu yang ditahan...

SJKT Boleh Mohon Cuti...

KUALA LUMPUR – Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diminta membenarkan Sekolah Jenis...

Video: “Potong Payudara Saya...

MEDIA sosial Indonesia kini heboh memperkatakan dakwaan seorang gadis yang berhasrat hendak memotong...

BN Tak Ambil Kesempatan...

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) tidak berminat untuk mengambil kesempatan di atas pergeseran...

Bekas Gitaris Ekamatra Dipenjara 10 Tahun

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas gitaris kumpulan rock Ekamatra yang popular era 1990-an atas kesalahan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk rumah mangsa Februari lepas.

Hakim Juraidah Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44, yang berasal dari Johor selepas dia membuat pengakuan bersalah.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang pada 25 Februari lepas di sebuah rumah di Taman Malaysia di sini.

Kes dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ketika rayuan, tertuduh mohon dipenjarakan mengikut tarikh dia ditahan dan diletakkan di Penjara Kajang, Selangor atas alasan bagi memudahkan ahli keluarga datang melawatnya.


Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur meminta mehkamah mengenakan hukuman setimpal bagi mengambil kira kepentingan awam kerana apa yang dilakukan tertuduh adalah serius. – BERNAMA

Kategori