Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hina Muka Zuraida Macam...

AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar sekali lagi mencetuskan sensasi ketika sidang Parlimen pada...

Video Yang Menginsafkan, Tentang...

BUKAN mudah untuk menasihati orang ramai supaya berhenti merokok.Pelbagai kempen dan usaha telah...

Pengantin Gementar ‘Nikahkan’ Juru...

KUANTAN - Mungkin kerana terlalu gementar ketika menjawab lafaz akad nikah, salah seorang...

Sebab Wi-Fi, Penerbangan Qantas...

BAYANGKAN jika anda berada di dalam pesawat dan melihat hotspot Wi-Fi dengan nama...

Bekas Penyampai Hot FM Meninggal Dunia

BEKAS penyampai radio, Rafly Rahamat, menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 7.10 malam semalam di kampung halamannya, di Kuantan, Pahang.

Rafly, 32, yang pernah bertugas di radio Hot FM Terengganu dan Manis FM itu difahamkan meninggal dunia di sisi ahli keluarga terdekatnya setelah terlantar sakit selama beberapa bulan.

Sebelum ini, Rafly dimasukkan ke Hospital Ampuan Afzan, Kuantan sejak April lalu disebabkan hilang selera makan hingga menjadikan tubuhnya susut mendadak.

Bagaimanapun tidak dipastikan apakah penyakit sebenar yang dihidapnya namun dipercayai terkena penyakit misteri.

Kali terakhir Rafly mengemas kini akaun Instagramnya sekitar tiga hari lalu dengan harapan menginginkan tubuh badannya seperti sedia kala.

Status pada 8 Mei lalu itu diikuti dengan sekeping gambar ketika dirinya masih sihat bersama seorang lagi rakannya.


Kehilangan Rafly mendapat perhatian beberapa teman rapatnya yang pernah bertugas bersama untuk mengutuskan salam terakhir.

Antaranya, Hafiz Hamidun, Nabila Razali, Syazwan (Manis FM), Muhammad Saifuddin Rashid atau El (Hot FM) dan Bienda yang pernah bertugas di stesen radio Manis FM. – MYNEWSHUB.CC

Kategori