SELEPAS menimang cahaya mata pertama pada Mei tahun lalu, kini pasangan suami isteri sama cantik sama padan, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam masih belum lagi mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata.
Salah satu sebabnya yang diberitahu oleh Sam ialah kerana ketika bersalinkan anak pertama mereka iaitu Syeriv Samheizy, Syatilla telah bersalin cara pembedahan.
Jadi mereka perlu menunggu dalam tempoh selama dua tahun sebelum menimang cahaya mata kedua.
“Doktor menasihatkan supaya isteri diberi tempoh dua tahun untuk rehat. Kami serahkan rezeki anak kepada Allah,” katanya kepada pihak Harian Metro ketika ditemui di majlis pembukaan cawangan butik Prima Valet di Wangsa Maju pagi tadi.
Dalam masa sama, Sam juga barus sahaa selesai menamatkan penggambaran panjang selama 15 bulan bagi filem Polis Evo 2 baru-baru ini.
Bagaimanapun, dalam masa ini dia akan mengambil keputusan untuk berehat untuk beberapa ketika bagi memberi fokus sepenuhnya kepada keluarga serta perniagaan koleksi baju Melayu dibawah jenama anaknya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
Disebabkan sering sibuk dengan kerjaya, pelakon berusia 35 tahun itu bakal membawa keluarganya pergi bercuti bagi melepaskan penat bekerja tanpa henti sebelum ini.
Sebab utama mengapa mereka diajukan soalan tantang cahaaya mata ialah disebabkan sebelum ini ada netizen meninggalkan komen kononnya pelakon tinggi lampai itu sedang hamil anak kedua.
Namun, ia hanyalah disebabkan angin yang bertiup sahaja sehingga menampakkan seperti perutnya besar seterusnya membuatkan netizen berfikiran Syatilla sedang hamil. – MYNEWSHUB.CC/AH