Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Satu Daripada Silo Petronas...

KUALA LUMPUR - Kebakaran dilaporkan berlaku di salah satu daripada silo (kapal penyimpanan...

Jaga Didakwa Rogol Anak...

Ipoh - Pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas...

Pekeliling Haram Penjualan Vape...

NUSAJAYA - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini akan menerima surat pekeliling...

204 PATI Ditahan Atas...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan 204 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

Belum Tentu Mahathir Dilantik PM Ke-7

PEMILIHAN Perdana Menteri ke-7 negara akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata beliau, ini berikutan tidak ada mana-mana parti pun yang berjaya membentuk simple majority atau majoriti mudah di Parlimen.

Beliau mengumumkan demikian melalui satu sidang media khas sebentar tadi.

Tun Dr. Mahathir dijadualkan sepatutnya mengangkat sumpah awal pagi tadi tetapi upacara itu ditunda ke satu tarikh yang belum dinyatakan.

Ketika ini wujud spekulasi bahawa Dr. Mahathir mungkin bukan calon pilihan Yang di- Pertuan Agong dan itu menjadi punca upacara mengangat sumpah tidak diteruskan pagi ini.

Mengikut keputusan kiraan undi terakahir malam tadi, kedudukan setiap parti adalah seperti berikut;

Barisan Nasional – 79 kerusi Parlimen.

DAP – 42

PKR – 49

Amanah – 10


Bersatu – 12

PAS – 18

Warisan – 8

Star – 1

Bebas – 3

Parlimen Malaysia terdiri daripada 222 kerusi dan mana-mana parti bertanding memerlukan minimum 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Berdasarkan keputusan akhir malam tadi, nyata belum ada mana-mana parti boleh mendabik dada mengakui mereka sudah boleh memerintah negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori