Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM200 Juta Bina 11...

GUA MUSANG - Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM200 juta bagi membina 11 klinik desa...

Kembali Kepada Asas Perjuangan...

KUANTAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua...

3 Maut, 40 Cedera...

BRUSSELS - Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 40 lagi cedera apabila sebuah kereta api...

Dr. Teo Nafi Cadang...

MIRI - Catatan laman sosial Facebook yang mendakwa wakil rakyat Parlimen Miri, Dr....

Ben Amir Tak Tolak Jika Ada Jodoh Dengan Kerabat

SEJAK kebelakangan ini, nama aktor yang sedang meningkat naik, Ben Amir tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dan bualan warga media sosial.

Ia berikutan bertebaran pelbagai versi cerita mengaitkan pelakon kacak itu dilihat agak rapat dengan kerabat negeri Perak iaitu Raja Shazreen Petra.

Sedar isu tersebut menjadi bualan ramai, Ben tampil memberi kenyataan berhubung hal berkenaan.

Menjelaskan hal itu, Amir akui mereka memang memang berkawan baik dan perhubungan tersebut dikatakan bermula awal Februari tahun lalu.

“Kami berdua memang berkawan baik tapi sebenarnya memang dah agak lama tak jumpa,” ujar Ben dipetik Sinar Online.

Pun begitu, Amir memberitahu dia tidak cerewet dalam hal memilih pasangan tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan golongan kerabat.


“Bagi saya, siapa pun jodoh saya, sama ada dia atau orang lain, saya terima,” kata Ben lagi.

Sementara itu, bercerita mengenai drama terbaru lakonannya bertajuk Air Mata Di Bumi Matador, Ben memegang watak utama sebagai Iskandar bergandingan dengan Puteri Aishah sebagai Qaisara.

Selain Ben dan Puteri Aishah, drama 26 episod itu turut turut dibintangi Arash Mohamad, Shakila Koriri, Ieda Moin, Pu Rizz, Nazrief Nazri, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, dan Laila Nasir. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori