Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

‘Bayi Baru Lahir, Dibuang...

KUALA LUMPUR : Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan, ditemui ditinggalkan di tempat...

Wan Azizah Ucap Tahniah...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

Melaka 10 Destinasi Pelancongan...

MELAKA – Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron merasa berbangga apabila Melaka diiktiraf sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka antarabangsa. Beliau berkata ini kerana penerbit...

PRK PD Mungkin Pertandingan...

PORT DICKSON – Perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menjadi semakin...

Berang SPR, Netizen Tegur Tindakan Anak Datuk K

PILIHAN Raya Umum (PRU) ke-14 bagaikan satu kontroversi buat Malaysia selepas banyak khabar angin terus menghimpit pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak semalam.

Banyak pihak bagaikan kecewa dengan pihak SPR termasuklah anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa merangkap anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang meluahkan perasannya menerusi laman Twitternya pada pagi semalam.

“Sesiapa yang menang pun, Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Harapan (PH) ke, ada satu perkara yang kebanyakan daripada kita boleh setuju.

“SPR s***. Sekian,” tulisnya.

Bagaimanapun kata-kata kesat itu telah menyinggung perasaan seorang netizen serta turut sempat menasihati pemuda berusia 20 tahun itu untuk tidak mempertikaikan kerja seseorang.

Mujur Aazief yang kini sedang berada di United Kingdom (UK) itu tidak mudah melatah serta terus menerima teguran itu dengan hati yang terbuka tanpa mengeluarkan kata-kata yang kurang enak.


Menurut anak keempat kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu, dia hanya menzahirkan rasa marah itu kepada kepimpinan atasan organisasi tersebut sahaja dan bukannya terhadap mana-mana petugas SPR.

“Saya rasa ‘tertekan’ dengan PRU terutamanya berkenaan dengan undi pos bagi mereka yang berada di luar negara.

“Semua orang dalam kumpulan saya telah mendaftar, tapi mereka menerima kertas undi sehari sebelum PRU.

“Tapi saya terlalu gembira setelah mengetahui keputusan. Demokrasi telah menang hari ini biarpun ketidaktelusan yang dilakukan oleh SPR,” kata Aazief ketika dihubungi oleh pihak mStar Online.

Aazief merupakan anak Datuk K bersama dengan bekas isterinya iaitu Tengku Zawyah Tengku Izham.

Ketika ini, anak muda itu sedang berada di UK bagi melanjutkan pelajarannya di Oxford Brookes University. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori