Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

TN50: Kenal Pasti Bidang...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu mengenal...

Jerebu: 18 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berikutan...

KLIA Melangkaui Sasaran Kualiti...

KUALAL LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melangkaui sasaran kualiti perkhidmatan pada...

Tidak Perlu Layan Pemain...

KUALA LUMPUR - Pemain yang menolak panggilan mewakili skuad bola sepak kebangsaan tidak...

Beri Keutamaan Kepada Kebajikan Rakyat

ROMPIN — Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat, termasuk dalam isu berkaitan perumahan.

Baginda bertitah aspek perumahan khususnya yang melibatkan rumah mampu milik penting untuk membantu mereka yang baharu hendak memulakan kehidupan.

“Pihak kerajaan juga perlu memperhalusi masalah berkenaan bekalan air dan elektrik di seluruh kawasan. Saya amat mementingkan hal-hal seperti ini kerana ia membabitkan kebajikan rakyat,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Kampung Leban Chondong di sini malam tadi, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Turut hadir Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Ariffin, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman Datuk Seri Mohd Johari Hussain, ADUN Muadzam Shah Razali Kassim dan ADUN Bukit Ibam, Datuk Shamsiah Arshad.

Pada majlis itu, Tengku Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 120 rakyat yang kurang berkemampuan dan kanak-kanak.


Tengku Abdullah juga mengingatkan rakyat untuk sentiasa bersyukur dapat berada dalam sebuah negara yang harnomi sehingga membolehkan mereka beribadah dalam suasana yang aman.

Sehubungan itu, baginda berharap umat Islam dapat mengambil kesempatan untuk mengimarahkan masjid dan surau di negeri ini dan memperbanyakkan amalan sunat seperti membaca al-Quran khususnya pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Saya juga berharap semua pihak tidak akan melupakan kewajipan ungtuk membayar zakat dan semoga semua amal jariah yang dilakukan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori