Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tun M Enggan Sesuaikan...

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Biar Ahli Parlimen Tentukan...

SHAH ALAM - Seorang ahli Parlimen dari PAS mahu pelantikan jawatan Perdana Menteri...

Sawit: Malaysia Mahu Lawat...

KLANG: Kementerian Perusahaan dan Perladangan Komoditi (KPPK) merancang untuk mengadakan lawatan kerja ke...

Suami Isteri Maut Kebakaran...

KUALA LUMPUR - Kes pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran sebuah rumah...

Bermula Kerana Minat, Neesa Kini ‘Terjun’ Jadi Penyanyi

NAMANYA mungkin dikenali oleh ramai golongan wanita sebagai seorang jurusolek. Tetapi kini, Haneesa Abdullah telah melangkah satu tapak ke hadapan untuk bergelar seorang penyanyi.

Gadis manis berusia 23 tahun itu pada mulanyaa hanya memuat naik videonya menyanyikan lagu-lagu penyanyi tempatan sahaja sehingga ia mendapat perhatian daripada syarikaat rakaman August Tree Records pada tahun lalu.

“Saya sering memuat turun video nyanyiannya yang menyanyikan pelbagai genre lagu-lagu artis tempatan dan juga antarabangsa dan mendapat tontonan tinggi di YouTube.

“Saya telah dilamar syarikat rakaman pada tahun lalu sekali gus merupakan peluang terbaik untuk bergerak secara lebih serius bagi memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian,” katanya dipetik portal mStar Online.

Single pertamanya berjudul Cinta Tak Sempurna telah dilancarkan menerusi semua platform digital serta di YouTube pada Januari lalu.

Lagu tersebut telah mendapat sentuhan sepenuhnya daripada Raha Hafizee dan kisah di sebaliknya ialah tentang kesucian cinta antara pasangan kekasih.

“Ia mengisahkan tentang cinta yang mendalam antara dua jiwa yang tidak berbuah dan hanya kesedihan dan kesepian yang menghantui si mangsa.


“Namun masing-masing masih menaruh harapan untuk menyemai kembali rasa cinta yang mereka alami seakan tiada cinta yang lebih agung daripada percintaan mereka,” ujarnya lagi.

https://www.instagram.com/p/BfuVYBihCOx/?taken-by=neesot

Dalam masa yang sama, Neesa turut berasa berpuas hati dengan segala perancangan yang dilakukan oleh syarikat rakaman untuk memastikan lagunya itu dikenali ramai.

Dia juga yakin bahawa lagu itu pasti akan berjaya mencuri tumpuan pendengar di luar sana.

Selain itu, bekas graduan dari Limkokwing University of Creative Technology ini juga mempunyai bakat dalam bermain alat muzik seperti gitar dan alat tiupan termasuk trumpet. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori