Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Parti Politik Sekarang Makin...

KUALA LUMPUR – Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana...

Pelaksanaan Had Umur Belia...

BENTONG - Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan had umur belia dari 15...

Anak Pengarah Direman Untuk...

GEORGE TOWN - Anak seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini hari ini...

Jokowi Puas Hati, Sifatkan...

SEPANG - Presiden Indonesia Joko Widodo sangat berpuas hati dengan hasil lawatan negara...

BN Pelawa Guan Eng Sertai Lawatan Ke Bukit Botak

GEORGE TOWN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow hari ini mempelawa Ketua Menteri Lim Guan Eng membuat lawatan ke Bukit Relau atau lebih dikenali Bukit Botak yang menjalani kerja pembersihan secara besar-besaran pada 2013.

Teng yang juga calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Bungah, berkata Lim seolah-olah telah lupa Bukit Relau belum pulih sepenuhnya kepada keadaan asal.

“Sama ada dia buta atau dia berpura-pura kerana semua orang yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau akan jelas melihat kehijauan bukit itu telah digondol,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Cina yang melaporkan Lim dalam sesi ceramah mega menafikan Pulau Pinang mempunyai bukit botak dan meminta bukti berhubung perkara itu.

Teng berkata pihaknya akan membuat lawatan ke Bukit Botak esok sebagai pemantau dan menjemput Lim untuk hadir dan melihat dengan matanya sendiri keadaan bukit berkenaan.

“Satu sidang media akan diadakan di atas bukit berkenaan pada jam 12.30 tengah hari esok dan saya berharap Lim akan dapat turut menyertai rombongan kami naik ke bukit supaya dia dapat melihat dengan mata sendiri keadaan bukit yang botak digondol,” katanya.


Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sebelum ini pernah dikecam oleh pelbagai pihak ekoran isu penggondolan puncak Bukit Relau dengan tahap kemusnahannya dapat dilihat dari Jambatan Pulau Pinang dan syarikat pemaju bertanggungjawab terhadap bukit yang juga dikenali sebagai Bukit Botak itu telah didenda sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Pelan Struktur Pulau Pinang 2020 yang diwartakan pada 28 Jun, 2007 melarang pembangunan di kawasan itu yang terletak melebihi 76.2 meter (250 kaki) dari aras laut dan lereng bukit dengan kecuraman melebihi 25 darjah. – BERNAMA

Kategori