Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Tragedi Highland Towers...

MANA mungkin kita dapat melupakan tragedi runtuhan Blok A Kondominium Highland Tower yang...

Nurul Izzah Minta JPP...

BUKIT MERTAJAM - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat...

Cerita Sabah Tidak Selamat...

Cerita-cerita pihak tertentu mengenai keadaan negeri Sabah yang sudah tidak selamat sebenarnya satu...

Mat Sabu Sindir Hadi,...

TUMPAT - Krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan...

BN Perak Kempen Secara Lokaliti, Tak Heboh

LUMUT – Barisan Nasional (BN) Perak sentiasa menggunakan pendekatan secara lokaliti berbanding propaganda dan himpunan besar seperti yang dilakukan pembangkang sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pendekatan tersebut mendapat maklum balas positif daripada rakyat di mana jentera parti digerakkan di setiap kawasan komuniti dalam mendekati dan meraih sokongan rakyat.

Beliau yang juga calon kerusi Parlimen Lumut dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor berkata demikian dalam sidang media selepas menyantuni penduduk Kampung Telaga Nenas, di sini hari ini.

Terdahulu, Zambry turut menyantuni rakyat di Lumut.

Katanya, pembangkang sentiasa meletakkan indikasi jumlah kehadiran rakyat di himpunan yang diadakan mereka sebagai tanda sokongan daripada rakyat.


Sebaliknya, beliau berkata rakyat akan membuat penilaian melalui keyakinan mereka terhadap calon dan parti yang bertanding yang diterjemahkan melalui jumlah undi semasa hari pengundian nanti.

“Bukan semata-mata himpunan besar dalam usaha mengubah persepsi seolah-olah mereka mempunyai sokongan yang besar tetapi dalam tradisi BN Perak, kita telah beri perkhidmatan terbaik melalui program permukiman dan turun ke padang,” katanya. – BERNAMA

Kategori