Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat Lulus Rang...

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila Dewan Rakyat meluluskan...

PDRM Patahkan 25 Serangan...

KUALA LUMPUR - Polis mematahkan 25 rancangan serangan pengganas di negara ini sejak...

Insentif M40 Tak Berkurang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mengurangkan inisiatif kepada kumpulan M40 melalui Belanjawan 2021...

Amaran Ribut Petir Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia pada Ahad mengeluarkan amaran, ribut petir yang...

BN Sukar Rampas P.Pinang Tetapi Tidak Mustahil

GEORGE TOWN – Kesemua calon Barisan Nasional yang bertanding di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-24 (PRU14) secara umumnya diterima baik oleh pengundi di negeri itu, kata Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Bagaimanapun, katanya agar sukar untuk BN merampas semula negeri itu yang terlepas di tangan pembangkang sejak 2008, namun ianya tidak mustahil.

“Berdasarkan daripada laporan kempen daripada semua calon di Pulau Pinang, mereka secara umumnya diterima baik oleh pengundi sungguhpun terpaksa menghadapi sikap bermusuhan terhadap BN, namun sikap itu tidaklah seteruk dahulu,” katanya paada sidang akhbar di pejabat Gerakan di sini.

Beliau menambah bahawa mereka yang berumur 40 tahun ke atas kelihatan lebih menyokong calon BN berbanding generasi muda yang menimbulkan banyak rintangan.

Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang percaya BN akan berjaya memenangi lebih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU14.

Beliau berharap pengundi di Pulau Pinang akan menyokong BN bagi mewujudkan keadaan semak dan imbang dalam pentadbiran baharu kerajaan negeri nanti.


Pada pilihan raya lepas , BN hanya meraih 10 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen di mana kesemuanya disumbang oleh UMNO.

Bagi PRU14, BN bertanding dikesemua 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang. – BERNAMA

Kategori