Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KL2017: Rafiq Genggam Emas...

PETALING JAYA – Malaysia menebus kekecewaan pemain boling wanita apabila merangkul pingat emas...

‘Pertahan DUN Rantau Bukan...

SEREMBAN : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap cabarannya...

Denggi Ragut 104 Nyawa...

KUALA LUMPUR - Tiga kematian akibat denggi dilaporkan dalam tempoh empat hari sejak...

Operasi Pematuhan SOP Serentak...

KUALA LUMPUR - Hukuman kompaun RM10,000 kerana merokok di tempat makan yang dilihat agak longgar penguatkuasaannya sebelum ini akan mula dipertingkatkan kembali, ujar Menteri Kesihatan.

BN Tak Bergantung Hasil Balak Majukan Kelantan

GUA MUSANG – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan bergantung kepada sumber balak sebagai hasil negeri sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN kembali mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Calon BN Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata masih terdapat banyak lagi sumber bagi menampung perbelanjaan negeri, selain mendapat bantuan daripada kerajaan pusat yang sealiran dengan kerajaan negeri.

Keadaan negeri ini akan lebih maju dan pesat membangun sekiranya BN dapat memerintah sekaligus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan belia, katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Tionghua di Kampung Baru di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata rakyat sudah jemu dengan janji PAS untuk membawa kemajuan namun gagal ditunaikan walaupun diberi peluang mentadbir negeri ini 28 tahun.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah berjanji dalam Manifesto BN PRU14 untuk memajukan Kelantan,” katanya.


Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Bahagian UMNO Gua Musang berkata jika diberi peluang, BN juga akan mengkaji semula projek ladang rakyat yang dilaksanakan PAS yang dilihat untuk kepentingan syarikat tertentu. – BERNAMA

Kategori