Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Simpan Senapang Patah Dalam...

SEORANG budak samseng telah mengejutkan ramai apabila dia melepaskan tembakan ke atas rakan...

Gambar Budak Syria Cedera...

ALEPPO - Gambar budak lelaki Syria berlumuran darah dan debu dalam keadaan terkejut...

Yoodo Bantu Kekal Berhubung...

Pengguna Jaringan Prihatin Yang Layak Kini Boleh Menikmati 80GB Data Dengan Hanya RM5...

Kelaparan! Bomba Gelojoh Makan...

SEORANG pemuda di China yang bekerja sebagai anggota bomba, menjadi bahan cerita ramai...

BN Tidak Pernah Pinggirkan Kaum Cina – Mizma

TUNGKU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Mizma Appehdullah menegaskan bahawa BN tidak pernah meminggirkan komuniti Cina sebaliknya terus komited membawa kemajuan untuk kaum berkenaan.

Mizma berkata, perhatian yang penuh itu akan diteruskan dan dibuktikan apabila komuniti berkenaan memberinya mandat untuk memenangi kerusi DUN Tungku dan menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Apabila saya diberi mandat itu, saya akan pastikan agar semua kaum termasuk kaum Cina mendapat manfaat yang sewajarnya dalam aspek pembangunan, sosioekonomi mahupun pendidikan.

Ini kerana, kita memandang serius semua masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan warna kulit khasnya di Silam,” katanya semasa beramah mesra bersama masyarakat kaum Cina di Bandar Tabanak dekat sini, hari ini.

Sementara itu, semasa menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Tambisan, Mizma berkata, beliau akan terus memperkasakan golongan wanita di samping membawa lebih banyak pembangunan dan kemajuan di kawasan berkenaan.


“Jika saya menang, saya akan datang dan berusaha membawa lebih banyak pembangunan di sini termasuk kerja menaik taraf jeti Tambisan darat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mizma berharap pengundi kawasan berkenaan memberi sokongan padu kepada BN bagi memperhebatkan lagi taraf hidup rakyat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BN

Kategori