Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Geng Pecah...

GEORGE TOWN - Polis menahan dua remaja lelaki dan memburu dua lagi rakan...

Erra Fazira Akui Sukar...

PELAKON dan pengacara jelita, Erra Fazira mengakui tidak dapat menolak rasa cinta kepada...

Rosmah Perlu Hadir Di...

KUALA LUMPUR – Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta hadir...

Nelayan Bunuh Kekasih Berdepan...

GEORGETOWN - Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas...

BNM Jangka Ekonomi Kekal Kukuh Selepas Pilihan Raya

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka prospek ekonomi Malaysia kekal kukuh berdasarkan sistem kewangannya yang berdaya tahan dan teguh walaupun dalam tempoh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ringgit akan mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh dalam jangka masa sederhana dan panjang.

“Kekuatan kita boleh dilihat daripada lebihan akaun semasa, kedudukan rizab yang kukuh, paras hutang luar negeri yang rendah dan penampan modal yang kukuh dalam sistem perbankan. Kami menjangka keadaan kukuh ini akan berterusan.

“Sebagaimana kita dapat lihat, sistem kewangan kita berdaya tahan dan teguh. Dalam beberapa keadaan pada dekad yang lalu, kita dapat menguruskan pasaran yang tidak menentu disebabkan langkah-langkah berterusan yang diambil sejak beberapa tahun untuk membangunkan pasaran kewangan kita,” katanya pada Majlis Graduasi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) 2018 di sini hari ini.

Muhammad berkata pasaran kini seimbang dan kukuh untuk menyediakan sokongan struktur bagi keadaan pasaran yang teratur, sambil menambah bagi melangkah ke hadapan, BNM akan terus memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran kewangan dalam negara.

Beliau berkata Malaysia tidak asing dengan ketidaktentuan jangka pendek, berikutan ekonomi negara yang terbuka amat bersepadu dengan pasaran global.


Bagaimanapun, beliau menasihati peserta industri untuk tidak memberi reaksi yang berlebihan, terutamanya apabila ia disebabkan oleh faktor-faktor yang bersifat sementara.

“Pengaruh negatif tetapi berkurangan daripada pasaran hadapan yang tidak diserahkan tidak akan mengurangkan pergerakan ringgit dalam jangka masa panjang,” katanya.

Pada 10 Mei, Jawatankuasa Dasar Monetari BNM mengumumkan ia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus dan mengekalkan unjuran yang kukuh terhadap ekonomi Malaysia. – BERNAMA

Kategori