Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Lancar Buku...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melancarkan buku autobiografi...

Projek Rintis Langkawi Penanda...

KOTA BHARU - Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau...

Jemaah Diingat Tidak Bawa...

MADINAH - Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk tidak membawa jumlah tukaran wang riyal...

Militan IS Gesa Pengikut...

Baghdad - Kumpulan Negara Islam (IS) semalam menggesa pengikutnya menyerang rakyat Amerika Syarikat...

Bosou Sada Juadah Berbuka Puasa Popular Di Keningau

KENINGAU – Bosou Sada, yang dalam bahasa Dusun bermaksud jeruk ikan, merupakan antara juadah berbuka puasa paling popular masyarakat suku kaum itu di daerah ini.

Ia merupakan makanan tradisional diperbuat daripada ikan sungai air tawar selain ditambah garam, halia dan nasi yang disejukkan selama dua jam sebelum digaul sebati dan disimpan dalam bekas kedap udara selama seminggu.

Peniaga Bosou Sada, Ina Angkubut, berkata sepanjang Ramadan ini, beliau menjual 20 bekas makanan itu sehari dengan harga RM13 setiap satu.

Beliau berkata kelazatan Bosou Sada telah menarik ramai pelanggan ke gerainya untuk membeli dan menjadikan makanan tradisional itu sebagai juadah berbuka puasa.

“Bosou Sada unik kerana hanya ada di Keningau. Ia sangat sesuai dimakan bersama nasi panas ketika berbuka puasa,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di tapak Pasar Malam Keningau di sini, hari ini.

Ina berkata beliau menjangka memperoleh pendapatan lebih hasil jualan Bosou Sada sepanjang Ramadan ini berikutan sambutan luar biasa daripada pelanggan.


“Sepanjang Ramadan ini, ia memberi rezeki lebih kepada saya,” katanya yang mewarisi perniagaan itu daripada ibunya sejak 12 tahun lepas.

Menurutnya berniaga Bosou Sada amat bermakna buat dirinya kerana dapat memperkasakan makanan tradisi kaum Dusun itu supaya terus kekal dan dinikmati generasi baharu. – BERNAMA

Kategori