MESKIPUN pemimpin dan penyokong beragama Islam dalam Pakatan Harapan (PH) menafikannya sebelum ini, ternyata fakta bilangan wakil rakyat mereka mengesahkan perkara sebenar tersebut.
Ini terbukti apabila keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menyaksikan buat pertama kali kerajaan Malaysia didominasi oleh golongan bukan Islam berjaya ditubuhkan waima Muslim adalah penduduk majoriti di negara ini.
Berdasarkan keputusan rasmi dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya hari ini, bilangan kerusi wakil bukan Islam di dalam kerajaan baharu PH tersebut adalah 65 berbanding 58 kerusi ahli Parlimen Islam.
Ini jika belum termasuk Ahli Parlimen bukan Islam dari Parti Solidariti Sabah bergabung dengan blok itu yang tidak pun diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). Kerusi Anggota Parlimen bukan Islam ini malah dikuasai DAP.
Ia melibatkan sejumlah 41 kerusi yang dimiliki oleh wakil DAP, 20 kerusi PKR, dua kerusi milik Parti Warisan Sabah dan dua kerusi milik wakil bebas. Jika mengikut pecahan negeri, Anggota Parlimen bukan Islam tersebut ialah:
KEDAH: 2 (PKR 2)
Alor Setar: Chan Ming Kai (PKR)
Padang Serai: Karupaiya A/L Mutusami (PKR)
PULAU PINANG: 8 (DAP 7, PKR 1)
Bagan: Lim Guan Eng (DAP)
Bukit Mertajam: Sim Chee Keong (DAP)
Batu Kawan: Kasthuriraani A/P Patto (DAP)
Bukit Bendera: Wong Hon Wai (DAP)
Tanjong: Chow Kon Yeow (DAP)
Jelutong: Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP)
Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP)
Bayan Baru: Sim Tze Tzin (PKR)
PERAK: 10 (DAP 7, PKR 3)
Taiping: Teh Kok Lim (DAP)
Sungai Siput: S Kesavan (PKR)
Ipoh Timor: Wong Kah Woh (DAP)
Ipoh Barat: M Kulasegaran (DAP)
Batu Gajah: V Sivakumar (DAP)
Beruas: Ngeh Koo Ham (DAP)
Kampar: Su Keong Siong (DAP)
Gopeng: Lee Boon Chye (PKR)
Teluk Intan: Nga Kor Ming (DAP)
Tanjong Malim: Chang Lih Kang (PKR)
PAHANG: 1 (DAP 1)
Bentong: Wong Tack (DAP)
SELANGOR: 9 (PKR 5, DAP 4)
Hulu Selangor: Leow Hsia Hui (PKR)
Selayang: William Leong Jee Keen (PKR)
Bangi: Ong Kian Ming (DAP)
Puchong: Gobind Singh Deo (DAP)
Subang: Wong Chen (PKR)
Damansara: Pua Kiam Wee (DAP)
Sungai Buloh: K Sivarasa A/L K.Rasiah (PKR)
Klang: Charles Santiago (DAP)
Kuala Langat: A Xavier Jayakumar (PKR)
WILAYAH PERSEKUTUAN: 7 (DAP 5, PKR 1, Bebas 1)
Kepong: Lim Lip Eng (DAP)
Batu: P Prabakaran (Bebas)
Wangsa Maju: Dr Tan Yee Kew (PKR)
Segambut: Yeoh Tseow Suan (DAP)
Bukit Bintang: Fong Kui Lun (DAP)
Seputeh: Teresa Kok Suh Sim (DAP)
Cheras: Tan Kok Wai (DAP)
NEGERI SEMBILAN: Dua (DAP 2)
Seremban: Loke Siew Fook (DAP)
Rasah: Cha Kee Chin (DAP)
MELAKA: Satu (DAP 1)
Kota Melaka: Khoo Poay Tiong (DAP)
JOHOR: 7 (PKR 2, DAP 5)
Segamat: R Santhara Kumar (PKR)
Labis: Pang Hok Liong (DAP)
Bakri: Yeo Bee Yin (DAP)
Kluang: Wong Shu Qi (DAP)
Tebrau: Choong Shiau Yoon (PKR)
Iskandar Puteri: Lim Kit Siang (DAP)
Kulai: Teo Nie Ching (DAP)
SABAH: 7 (DAP 3, Warisan 2, PKR 2)
Kota Kinabalu: Chan Foong Hin (DAP)
Penampang: Ignatius Dorell Leiking (Warisan)
Ranau: Jonathan Bin Yasin (PKR)
Tenom: Noorita Binti Sual (DAP)
Batu Sapi: Liew Vui Keong (Warisan)
Sandakan: Wong Tien Fatt (DAP)
Tawau: Christina Liew Chin Jin (PKR)
SARAWAK: 11 (DAP 6, PKR 4, Bebas 1)
Mas Gading: Mordi Anak Bimol (DAP)
Bandar Kuching: Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
Stampin: Chong Chieng Jen (DAP)
Puncak Borneo: Willie Mongin (PKR)
Saratok: Ali Biju (PKR)
Sarikei: Wong Ling Biu (DAP)
Julau: Larry Sng Wei Shien (Bebas)
Lanang: Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
Sibu: Oscar Ling Chai Yew (DAP)
Selangau: Baru Bian (PKR)
Miri: Michael Teo Yu Keng (PKR)
Sementara itu hanya 58 kerusi ahli Parlimen Islam dari PH tersebut mengikut parti adalah terdiri daripada 27 milik PKR, 13 PPBM, 11 PAN, enam Warisan manakala satu kerusi oleh wakil DAP. Jika mengikut negeri terdiri ialah:
PERLIS: 1 (PKR 1)
Kangar: Noor Amin Bin Ahmad (PKR)
KEDAH: 8 (PKR 4, PPBM 3, PAN 1)
Langkawi: Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM)
Jerlun: Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM)
Kubang Pasu: Amiruddin Hamzah (PPBM)
Pokok Sena: Mahfuz Omar (PAN)
Kuala Kedah: Azman Ismail (PKR)
Merbok: Nor Azrina Surip (PKR)
Sungai Petani: Johari Abdul (PKR)
Kulim-Bandar Baharu: Saifuddin Nasution Ismail (PKR)
PULAU PINANG: 3 (PKR 3)
Permatang Pauh: Nurul Izzah Anwar (PKR)
Nibong Tebal: Mansor Othman (PKR)
Balik Pulau: Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PKR)
PERAK: 3 (PAN 2, PPBM 1)
Parit Buntar: Mujahid Yusof Rawa (PAN)
Tambun: Ahmad Faizal Azumu (PPBM)
Lumut: Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAN)
PAHANG: 4 (PKR 2, DAP 1, PAN 1)
Raub: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)
Indera Mahkota: Datuk Saifuddin Abdullah (PKR)
Kuantan: Fuziah Salleh (PKR)
Temerloh: Mohd Anuar Mohd Tahir (PAN)
SELANGOR: 11 (PKR 5, PAN 5, PPBM 1)
Sungai Besar: Muslimin Yahaya (PPBM)
Kuala Selangor: Dzulkefly Ahmad (PAN)
Gombak: Mohamed Azmin Ali (PKR)
Ampang: Zuraida Kamaruddin (PKR)
Pandan: Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
Hulu Langat: Hasanuddin Mohd Yunus (PAN)
Petaling Jaya: Maria Chin Abdullah (PKR)
Shah Alam: Khalid Samad (PAN)
Kapar: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
Kota Raja: Mohamad Sabu (PAN)
Sepang: Mohamed Hanipa Maidin (PAN)
WILAYAH PERSEKUTUAN: 4 (PKR 3, PPBM 1)
Setiawangsa: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
Titiwangsa: Rina Mohd Harun (PPBM)
Lembah Pantai: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR)
Bandar Tun Razak: Kamarudin Jaffar (PKR)
NEGERI SEMBILAN: 3 (PKR 1, PPBM 1, PAN 1)
Kuala Pilah: Eddin Syazlee Shith (PPBM)
Port Dickson: Danyal Balagopal Abdullah (PKR)
Tampin: Hasan Bahrom (PAN)
MELAKA: 3 (PKR 2, PPBM 1)
Alor Gajah: Mohd Redzuan Md Yusof (PPBM)
Tangga Batu: Rusnah Aluai (PKR)
Hang Tuah Jaya: Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR)
JOHOR: 11 (PPBM 5, PKR 5, PAN 1)
Sekijang: Natrah Ismail (PKR)
Pagoh: Tan Sri Muhyiddin Yassin Yasin (PPBM)
Ledang: Syed Ibrahim Syed Nor (PKR)
Muar: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM)
Sri Gading: Sharuddin Md Salleh (PPBM)
Batu Pahat: Mohd Rashid Hasnon (PKR)
Simpang Renggam: Maszlee Malik (PPBM)
Pasir Gudang: Hassan Abdul Karim (PKR)
Johor Bahru: Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PKR)
Pulai: Salahuddin Ayub (PAN)
Tanjung Piai: Dr Md Farid Md Rafik (PPBM)
SABAH: 7 (Warisan 6, PKR 1)
Kota Belud: Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan)
Sepanggar: Mohd Azis Bin Jamman (Warisan)
Putatan: Awang Husaini Sahari (PKR)
Papar: Ahmad Hassan (Warisan)
Silam: Mohamaddin Ketapi (Warisan)
Semporna: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan)
Kalabakan: Ma’mun Sulaiman (Warisan)
Sama-samalah kita lihat kebijaksanaan Perdana Menteri kerajaan baharu ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang parti beliau ketuai, PPBM pun hanya memenangi 13 kerusi daripada 124 kerusi yang dimenangi oleh gabungan itu.
Beliau yang juga Pengerusi PH (tidak diiktiraf oleh pihak RoS) mendakwa kononnya blok tersebut kini disertai PKR, DAP, PPBM, PAN, Warisan, Bebas dan Solidariti dalam mentadbir negara Islam ini untuk lima tahun akan datang.
Semoga keputusan PRU ke-14 ini akan mengukuhkan lagi tekad umat Islam untuk melaksanakan seluruh tuntutan agama mereka selaras dengan Perkara 3 (1) yang meletakkan taraf Islam sebagai “agama bagi Persekutuan”.
Perlu diingat, PH dalam manifesto mereka sendiri langsung tidak menyebut sebarang usaha untuk memartabatkan syiar Islam dan terkenal dengan isu anti-Islam termasuk memurtadkan umat Islam, gerakan LGBT dan pluralisme.
Mudah-mudahan Allah SWT melindungi Islam di Malaysia daripada ancaman musuh Islam yang sejak dahulu tidak senang dengan agenda martabat Islam dilaksanakan bekas kerajaan Barisan Nasional. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA