Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pelantikan Speaker DUN Selangor...

SHAH ALAM - Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim...

Protes Di Asia Barat...

BAITULMAQDIS - Tunjuk perasaan di Asia Barat memasuki hari kelima, Isnin manakala kecaman...

MRT Fasa 2 Mula...

KUALA LUMPUR - Fasa kedua laluan Transit Aliran Massa (MRT) antara Muzium Negara...

Sri Lanka Buka Peluang...

COLOMBO - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan lawatan rasminya ke...

Bukan Tsunami Melayu Tapi Tsunami Biru Melanda

KOTA TINGGI – Sokongan masyarakat Melayu terhadap Barisan Nasional (BN) di daerah ini sangat padu dan kuat sekali gus menafikan akan berlakunya Tsunami Melayu di sini.

Penyandang kerusi Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata istilah itu hanya digunakan pembangkang di musim pilihan raya bertujuan untuk menakutkan rakyat.

Sebaliknya, pihak pembangkang perlu risau akan berlakunya Tsunami Biru apabila rakyat memilih BN sebagai pilihan mereka.

“Jangan beranganlah, kali ini akan berlaku tsunami ‘Kita Pilih Biru’ bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili, DUN Johor Lama dan juga kawasan Parlimen Kota Tinggi,” kata calon Parlimen Kota Tinggi itu kepada pemberita selepas lawatan mesra bersama jentera-jentera di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tembioh di sini bersama calon BN DUN Sedili Rasman Ithnain dan DUN Johor Lama Rosleli Jahari, di sini malam tadi.

Halimah, yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang akan berlaku Tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 ini.


Beliau mendakwa kerja calon pembangkang lebih kepada membuat tohmahan dan fitnah.

“Mereka hanya hendak mengelirukan pemikiran serta hendak memecah belahkan sokongan masyarakat terhadap BN dan terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” kata Halimah. – BERNAMA

Kategori