Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa Tiada Di...

SELAIN daripada ayah, abang juga ditanggungjawabkan untuk menjaga adik-adik. Tapi bagaimana pula jika...

Manfaat Demokrasi Digital Pembangunan...

KUALA LUMPUR - Konsep demokrasi digital atau kebebasan bersuara menggunakan saluran media sosial...

Peminat Kesal Zul Ariffin...

MEMANG payah jadi public figure ni, ke mana-mana sahaja pasti ada yang mengenali...

Kadar Pengangguran Belia Terus...

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun...

Buku Dapat Sambutan, Rita Gembira 3,000 Habis Dijual

SETELAH sekian lama merahsiakan perjalanan hidup sepanjang perkahwinan pertama, pelakon Rita Rudaini tidak menyangka bahawa buku biografi kisah hidupnya telah mendapat sambutan hangat daripada pembaca.

Biografi berkenaan yang berjudul Kerana Aku Seorang Perempuan itu telah berjaya dijual sebanyaak 3,000 naskah dalam tempoh tiga hati sahaja sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ketika ia dilancarkan pada 1 Mei lalu.

“Alhamdulillah, ramai tidak tahu sejarah dan liku hidup insan bernama Rita Rudaini kerana tidak dikongsi kepada umum.

“Buku ini dihasilkan kerana saya ingin membuat luahan dan menepis kata-kata negatif yang memanipulasi kisah hidup saya… Bagaikan mereka lebih tahu berbanding saya,” katanya dieptik daripada portal BH Online.

Dengan keayaan itu, ibu kepada dua cahaya mata itu telah tersenyum lebar serta membuatkan dia yakin untuk mencetak buat kali kedua.

Dalam masa sana, kisah hidunya bukanlah bertujuan untuk meraih simpati mana-mana pihak ataupun membuka aib sesiapa, terutamanya bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak yang merupakan pemain bola sepak itu.


Sebaliknya hanyalah untuk dijadikan sebagai pengajaran serta semangat kepada semua ibu tunggal untuk kekal tabah mengharungi situasi seperti itu.

Mujur sememangnya tiada langsung sesiapa beranggapan buruk dengan menganggap dia cuba untuk meraih simpati melalui projek biografi itu.

Sedekad lamanya wanita berusia 42 tahun itu menyimpan semua perjalanan hidupnya sepanjang berkahwin bersama dengan pemain bola sepak itu di Thailand.

Namun, pada September 2013, Rita dan Aidil telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dtelah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, serta mereka berdua kini masih lagi dibawah jagaan Rita sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori