Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lombong Pasir: 2 Lelaki...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret hari ini membebaskan dua lelaki, seorang daripadanya pengarah syarikat,...

Pemilihan Wakil MCA Hasil...

KUALA LUMPUR - Pemilihan calon MCA untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan...

Parlimen Perlu Bersidang Secepat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali...

Zul Ariffin Beli Kereta...

TAK baik tau tuduh Zul Ariffin beli kereta mewah pakai duit kekasihnya, Gayatri...

Calon Bebas DUN Bugaya Umum Sertai BN

CALON Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Abdul Muksin Mohamad Hasan mengumumkan menyertai Barisan Nasional (BN) sekali gus menarik diri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Abdul Muksin berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan rakan seperjuangan serta ahli keluarga terdekat.

Calon Bebas yang menggunakan logo jentolak itu berkata, dia percaya hanya kerajaan BN mampu memerintah dan membawa pembangunan terutama di daerah Semporna.

“Hari ini saya bersama kira-kira 200 penyokong memilih menyertai BN demi kemajuan DUN Bugaya dan Semporna khasnya,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Kampung Indani, Semporna, hari ini.

Turut hadir ialah calon BN DUN Bugaya, Datuk Razak Sakaran.

Sementara itu, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Semporna, Dr. Chacho Bulah ketika dihubungi berkata, Abdul Muksin masih kekal bertanding sebagai calon Bebas pada hari pengundian esok.


Katanya, penarikan diri tidak boleh dibuat selepas hari penamaan calon dan nama calon berkenaan tetap ada pada kertas undi.

“Untuk hari mengundi esok, nama calon Bebas masih ada dan semua undi yang diberikan kepadanya akan dikira.

“Jika gagal mendapat had undi ditetapkan, dia akan kehilangan deposit mengikut peraturan pilihan raya,” katanya.

DUN Bugaya menyaksikan saingan enam penjuru pada PRU-14 ini. – myMetro Online

Kategori