Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Periksa Semua Sekolah Tahfiz...

PORT DICKSON - Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) untuk melaksanakan...

Seni ‘Menjerit’ Oleh Yoko...

JIKA anda peminat John Lennon yang merupakan pengasas kumpulan rock terkenal era 60-an,...

Erma Kesal Ada Mahu...

MARAH benar anak jati Kedah dengan gaya percakapan loghat Utara dalam program Raya Sakan...

Keropok Lekor ‘Hipster’ Bentuk...

JIJIK... Tidak tahulah hendak cakap macam mana lagi bila makanan kegemaran ramai ini bertukar...

Calon Pembangkang Nampak ‘Terdesak’ – Azalina

PENGERANG – Calon puak pembangkang nampaknya terpaksa berkempen dengan cara yang ‘terdesak’ dengan menggunakan gambar-gambar Tun Dr. Mahathir pada papan iklan mereka, kata Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said.

“Kalau calon-calon DAP bagus sangat, parti tersebut sepatutnya mengunakan gambar calon mereka sendiri dan bukan gambar Tun,” kata Azalina kepada pihak media semasa lawatannya ke Kampung Pengerang, hari ini.

Beliau berkata begitu berikutan tindakan pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memotong muka Dr. Mahathir pada papan iklan calon DAP Ayer Hitam.

Azalina turut mengulas tentang insiden terbaharu di Yong Peng di mana seorang warga emas telah ditolak turun pentas semasa calon Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong sedang berucap dalam satu majlis.

Kata Azalina, SPR telah mengetatkan peraturan bagi mengelakkan sebarang tindakan agresif penyokong fanatik berlaku menjelang PRU14.


“Jika tak ikut peraturan SPR, nanti penyokong boleh jadi agresif dan ganas,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori