Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Puncak Niaga Sumbang RM1.3...

SHAH ALAM – Puncak Niaga Holdings Bhd. (Puncak Niaga) dengan kerjasama Lembaga Zakat...

VIDEO: Insiden Adira Terjatuh...

SESIAPA yang menyaksikan program realiti Mentor Legend Ahad lalu pasti mengetahui insiden Adira terjatuh sewaktu...

Imigresen Sedia Bantu Pelarian...

KOTA SAMARAHAN - Jabatan Imigresen Malaysia sudah bersedia untuk menempatkan pelarian Rohingya di...

Ucapan Romantis Agong Kepada...

KUALA LUMPUR - Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencuit hati...

Calon Profesional Imbangi Keperluan Perak

PARIT BUNTAR – Calon-calon profesional dan pemimpin akar umbi yang membawa panji Barisan Nasional (BN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah gabungan penting yang dapat mengimbangi keperluan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kedua-dua golongan itu saling melengkapi satu sama lain bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri Perak sekiranya BN berjaya mengekalkan kuasa pada PRU14 ini.

“Kepakaran golongan profesional penting dalam program-program pembangunan manakala pemimpin akar umbi pula arif memahami masalah rakyat yang di bawah.

“… peranan pemimpin tempatan yang terdiri dari penghulu, guru dan sebagainya hidup seharian bersama rakyat dan mewakili suara mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Dataran Amanjaya Simpang Lima di sini, hari ini.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak mengumumkan 32 calon muka baharu bagi 59 kerusi Dewan Undangan Negeri dan tujuh calon baharu untuk 24 kerusi Parlimen.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai tindakan calon pembangkang yang mencabar calon BN untuk berdebat, beliau berkata tanggungjawab seorang wakil rakyat bukan hanya pandai berkata-kata tetapi perlu bekerja untuk rakyat.


“Kita tak perlu layan cabaran seperti ini, biar mereka mencabar yang penting kita fikir bagaimana nak beri perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Kita bukan seperti mereka yang menggunakan pentas debat untuk memaki hamun,” katanya. – BERNAMA

Kategori