Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pelan Penyelenggaraan KLIA2 Berjalan...

KUALA LUMPUR - Kaedah 'suntikan penurapan' dalam program penyelenggaraan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

IADA Optimis Hasil Padi...

KOTA BELUD - Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud optimis mampu mengeluarkan...

Program Komuniti 1Malaysia Untuk...

MIRI - Program Komuniti 1Malaysia akan dirombak dengan menonjolkan Komuniti 1Malaysia untuk semua...

VIDEO: Rompakan Bersenjata Kedai...

SATU rakaman kamera CCTV kejadian rompakan melibatkan sebuah kedai emas di Jalan TAR...

Cara Unik Jokowi Promosi Sukan Asia Di Negaranya

PEMIMPIN Indonesia menggunakan pendekatan berbeza untuk mempromosikan Sukan Asia ke-18 yang berlangsung di negara itu pada 18 Ogos hingga 2 September depan di Jakarta dan Palembang.

Ia bermula apabila Presiden Joko Widodo atau Jokowi mengenakan jaket tertera logo Sukan Asia dan pelbagai motif sukan seperti angkat berat, bola keranjang, memanah dan lawan pedang ketika menghadiri pelbagai acara.

Ini termasuk mesyuarat Kabinet sejak minggu lalu. Jokowi membuat ‘promosi’ itu selepas beliau mendapati temasya sukan tersebut masih belum mendapat liputan meluas.

Susulan itu, kesemua menteri Kabinet merancang untuk memakai jaket tertera imej Sukan Asia bermula kiraan detik 100 hari menjelang pembukaan rasmi kejohanan benua tersebut.

“Kami akan mengenakan jaket sama untuk ‘countdown’,” kata Menteri Pelancongan, Arief Yahya.

Difahamkan, kira-kira 9.5 juta atlet dari 45 negara akan menyertai acara itu. – Antara News

Kategori