Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

Permohonan Taraf Warganegara Proses...

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu...

Video: Lelaki Kejam Campak...

KEKEJAMAN terhadap haiwan merupakan antara isu yang sering terjadi serta masih belum dapat...

Lelaki 21 Tahun Kahwini...

BOGOR - Tidak pasti sama ada kisah cinta pasangan ini manis, buta atau...

“Impak Pelanggaran Sangat Kuat”...

KUALA LUMPUR - "Keadaan tenang dalam tren tiba-tiba bertukar menjadi panik dengan suara...

Che Ta Rindu Pengalaman Puasa Di Tanah Suci

SAMA seperti insan lain, pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan juga tidak terkecuali cukup teruja menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan ini, yakni bulan yang penuh dengan berkat.

Pengalaman menunaikan umrah sebanyak dua kali ketika Ramadan membuatkan hati figura cantik manis yang mesra disapa Che Ta ini ingin kembali ke Tanah Suci pada bulan mulia ini.

Namun, disebabkan jadual kerja yang terlalu padat membuatkan perancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan pada Ramadan tahun ini.

“Ikutkan hati memang teringin buat kali ketiga berpuasa di Makkah. Saya ada menyuarakan hasrat untuk menunaikan umrah pada penghujung Ramadan kepada Zain.

“ Namun, melihat jadual kerja begitu padat memang tidak sempat untuk ke sana. Saya bimbang kami pergi dalam keadaan kelam-kabut.  Jadi, lebih baik sambut Ramadan sepenuhnya di Malaysia sahaja,” kata Che Ta dipetik sebuah portal online.

Ujar Che Ta lagi, pengalaman berpuasa di tanah suci sangat indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata sehingga terbit rasa rindu untuk kembali lagi ke sana lagi.

Berbeza dengan Malaysia, nikmat Ramadan sering digambarkan dengan kemeriahan berbuka puasa, sebaliknya di Makkah hanya dengan sebiji kurma dan secawan air zam zam nikmat yang dirasai cukup luar biasa.


“Di Makkah lagi 30 minit hendak berbuka puasa orang ramai sudah duduk bersila dari dalam Masjidil Haram sehingga ke luar.

“Walaupun berbuka hanya dengan beberapa biji kurma dan air zam zam termasuk roti yang disedekahkan nikmatnya terlalu indah. 

“Berbeza dengan Malaysia, selagi tidak penuh makanan di atas meja tidak rasa nikmat. Di sana pulafokus hanya kepada ibadah, perkara lain semua tidak difikirkan

“Saya memang cukup seronok tetapi tahun ini tiada rezeki untuk ulang kembali pengalaman tersebut,” ujar Che Ta lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori