Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Tiga Meninggal Dunia Di...

AJAL.. Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri...

Kempen Quran Hour Dorong...

KEMPEN World #QuranHour memasuki edisi ketiga pada tahun ini. Bersempena acara itu, Rosyam...

F1 Grand Prix China...

SHANGHAI - Formula Satu (F1) Grand Prix China yang dijadual pada 19 April...

Lans Koperal Ditahan Bersama...

KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan bersama pelbagai jenis...

China Wujud Peraturan Atasi Skandal Saintis

SHANGHAI – Kerajaan China mengeluarkan garis panduan baharu bertujuan meningkatkan integriti dalam bidang sains, termasuk pelan bagi merekod dan menilai kelakuan saintis serta institusi, selain menghukum mana-mana individu yang terbabit dalam salah laku.

“Garis panduan yang dikeluarkan semalam oleh Parti Komunis dan Majlis Negeri atau Kabinet, melarang plagiarisme, pemalsuan data dan kesimpulan hasil penyelidikan, penulis hantu serta manipulasi ulasan oleh rakan penyelidik,” lapor agensi berita Xinhua.

Langkah mewujudkan garis panduan itu dipercayai ada kaitan dengan beberapa skandal yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk pemalsuan penyelidikan, plagiarisme, masalah ulasan oleh rakan penyelidik yang dilapor menjejaskan reputasi China dalam penyelidikan saintifik antarabangsa.

Menurut Xinhua, China akan mewujudkan mekanisme integriti saintifik bagi mendorong inovasi dan pada masa sama, mengekalkan toleransi sifar terhadap ahli akademik yang tidak jujur.

“Mana-mana individu yang melanggar peraturan integriti perlu dihukum mengikut undang-undang.


“Malah, sesiapa yang didapati melakukan salah laku akademik akan dikenakan larangan mengajar atau melaksanakan sebarang penyelidikan di mana-mana sekolah milik kerajaan dan institusi saintifik.

“Pada masa sama, geran penyelidikan yang diperoleh akan dibatalkan, manakala pemberian pangkat akan ditarik balik,” lapor Xinhua yang memetik garis panduan berkenaan. – Reuters

Kategori