Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Usaha Tambah Taska Bantu...

JOHOR BAHRU - Usaha kerajaan untuk menambah bilangan taman asuhan kanak-kanak (taska) di...

VIDEO: Pengemis Tua Kena...

Sebuah video yang dimuat naik di YouTube 2 Oktober lalu jadi viral dan...

Kawalan Ketat Polis Di...

JOHOR BAHRU - Polis Johor mengetatkan kawalan di bandar raya ini dengan mengadakan...

Arwah Pesan Jaga Syarikat,...

ADIK bongsu mangsa kemalangan maut di Kilometer 6.2 Lebuhraya DUKE, Muhammad Faizznur Asyraf...

Cuaca Hari Mengundi Diramalkan Baik Waktu Pagi

RAKYAT Malaysia yang keluar mengundi pada Rabu ini dijangka tidak berdepan masalah apabila ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan cuaca cerah pada waktu pagi di kebanyakan tempat.

Orang ramai di seluruh negara digalakkan keluar mengundi pada waktu pagi supaya dapat mengelakkan cuaca tidak menentu di sebelah petang. Ini berikutan cuaca di kebanyakan lokasi di seluruh Malaysia diramalkan cerah pada waktu pagi.

Berdasarkan laporan kaji cuaca di dalam laman web MetMalaysia, cuaca diramal baik di sebelah pagi di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, rebut petir, hujan dan mendung diramalkan di semua kawasan itu pada waktu petang termasuklah di beberapa negeri lain seperti di Perak, Sarawak dan Sabah.

Cuaca Buruk Pada Sebelah Petang Di Beberapa Tempat.

Di Perak, kawasan yang dijangka mengalami rebut petir dan hujan antaranya adalah di Gerik, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh Barat dan Gopeng.

Namun begitu, beberapa kawasan di utara tanah air diramal hujan di sebelah pagi antaranya di Perlis kecuali di Padang Besar dan beberapa kawasan di Kedah seperti Langkawi, Alor Setar, Jerlun dan Kuala Kedah.

Pulau Pinang pula dijangka cuaca baik sepanjang pagi namun beberapa kawasan di bahagian Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Kepala Batas dan Tasek Gelugor dijangka rebut petir di sebelah petang.

Di ibu kota, sama seperti kebanyakan negeri lain di mana pada sebelah pagi, cuaca diramalkan baik di seluruh Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, di sebelah petang pula, cuaca buruk dijangka di semua kawasan, malah rebut petir diramalkan berlaku di Wangsa Maju, Setiawangsa, Bukit Bintang Titiwangsa dan Cheras.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Alui Bahari, berkata kebanyakan kawasan diramalkan akan mengalami hujan serta ribut petir di sebelah petang.

“MetMalaysia menyediakan maklumat Ramalan Cuaca Khas PRU14 bagi setiap kawasan Parlimen di laman web kami sejak seminggu lalu.

“Maklumat ini sentiasa dikemas kini, jadi orang ramai boleh membuat rujukan untuk mendapatkan maklumat ramalan cuaca terkini,” katanya memetik myMetro Online.

Orang ramai di seluruh negara digalakkan keluar mengundi pada waktu pagi supaya dapat mengelakkan cuaca tidak menentu di sebelah petang. Ini berikutan cuaca di kebanyakan lokasi kerusi parlimen di seluruh Malaysia diramalkan cerah pada waktu pagi.

Mereka yang ingin mengetahui ramalan cuaca di kawasan parlimen masing-masing boleh merujuk kepada maklumat yang disedikann di laman www.met.gov.my atau menghubungi MetMalaysia di talian 03- 79678000/8200. – MYNEWSHUB.CC

Kategori