Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Akta Pembangunan Petroleum 1974...

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran agar meneliti semula Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974...

Kerajaan Rancang Gabung Institusi...

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempunyai rancangan ke arah menggabungkan institusi pendidikan awal kanak-kanak...

Euro 2020: Sterling, Kane...

LONDON - England mara ke suku akhir Euro 2020 selepas menewaskan Jerman 2-0...

Petani Lega Dapat Insentif...

IPOH - "Alhamdulillah...penantian sejak sekian lama kini tercapai", demikian luahan gembira Abdul Raof...

Curi Bagasi Di Lapangan Terbang Untuk Koleksi

POLIS di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta menahan seorang lelaki berusia 15 tahun yang disyaki mencuri 10 bagasi dari Terminal 3 di lapangan terbang tersebut.

Gambar paparan skrin dari rakaman CCTV yang tular menunjukkan suspek mengangkat beg-beg dari tempat mengambil bagasi dan berjalan keluar dari terminal seolah-olah dia seorang pengembara biasa.

Polis mengenal pasti dan menangkap DV, pelajar sekolah menengah, di rumahnya di Tigaraksa, Tangerang pada Sabtu.

Pihak polis berkata DV pergi ke Terminal 3 untuk mencuri bagasi sebanyak lima kali sejak November, membawa pulang dua beg pakaian setiap kali ke sana.


“Dia biasanya memandu ke lapangan terbang menggunakan kereta orang tuanya. Dia membawa beg sendiri untuk mengaburi pegawai keselamatan bahawa dia adalah seorang penumpang,” kata Ketua Polis Soekarno-Hatta, Victor Togi Tambunan, memetik Kompas.

Viktor menambah DV dibenarkan masuk ke kawasan pengambilan bagasi terminal dengan memberitahu pegawai keselamatan dia terlupa untuk mengambil bagasinya.

Dalam kes terbaharunya yang dirakam kamera keselamatan, polis berkata DV mengambil dua beg pakaian secara rawak, meletakkannya di atas troli dan meletakkan beg pakaian yang dibawanya di atas beg yang dicuri.


Disebabkan tiada pemeriksaan bagasi secara menyeluruh di terminal, DV berjaya membawa barang yang dicuri ke kereta dan memandu pulang.

Ketika ditahan, Viktor berkata 10 beg pakaian itu semuanya berada di dalam biliknya dengan semua barangan telah dikeluarkan.

“Menurut suspek, dia melakukannya kerana minat dengan bagasi. Dia mahu mengumpulnya sebagai koleksi,” katanya. – mStar Online

Kategori