Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AKSEM Kedah Rampas Beras...

ALOR SETAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kedah merampas 68 metrik tan...

Sikap Sultan Nazrin Shah...

IPOH - Sultan Nazrin Shah adalah seorang yang merendah diri serta berjiwa rakyat,...

Raja Bahrin Ibarat Ayam...

KUALA LUMPUR - "Ayam berkokok berderai derai, ekor sendiri bergelumang tahi," kata Pegawai...

Sokongan Warga KKMM Perlu...

KOTA KINABALU - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) khususnya di Sabah diminta...

D7 Serbu Tiga Premis Judi, Bookie Di Ampang

TIGA premis judi atas talian dan bookie lumba kuda di Ampang diserbu pasukan dari Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam tadi.

Serbuan Ops Dadu bermula 10.50 malam itu berjaya menahan 19 individu yang bertindak sebagai pekerja dan penjaga premis selain tujuh pemain ditahan.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman berkata, operasi turut mendapat kerjasama anggota dan pegawai dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Serbuan pertama di premis dekat Jalan Awan, Kuala Ampang pada 10.50 malam dan kami menahan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga, sembilan lelaki warga Bangladesh yang mengaku sebagai pekerja dan seorang pemain judi yang juga lelaki warga Bangladesh.

“Kami merampas 32 unit mesin slot, enam keping cip dan wang tunai RM6,498,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, premis kedua diserbu di Jalan Angin, Kuala Ampang dan berjaya merampas 38 unit mesin slot, 30 kad mata, dua kad tambah nilai, satu buku salinan lesen perniagaan dan wang tunai RM1,534.

Menurutnya, di premis itu, pihaknya menahan penjaga premis iaitu seorang wanita tempatan bersama dua wanita warga Indonesia dan tiga lelaki warga Bangladesh serta dua lelaki warga Indonesia yang leka bermain judi.


“Serbuan ketiga di sebuah premis yang menjalankan aktiviti bookie lumba kuda di Jalan Awan, Kuala Ampang dan kami menahan tujuh kaki judi terdiri daripada warga lelaki tempatan.

“Kami merampas satu unit Pager Sky, tiga keratan akhbar berbahasa Cina, tiga telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM1,559 bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, semua serbuan berjalan lancar dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – myMetro Online

Kategori