Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

P.Pinang Tunggu Kerajaan Pusat...

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) masih menunggu kelulusan kerajaan...

Diserang Makcik Kolot Ketika...

SEORANG gadis berkongsikan pengalamannya 'dikacau' oleh seorang jemaah perempuan yang berang dengan cara...

Bilik Hotel Jahanam Dirosak...

ALANGKAH terkejutnya pekerja sebuah hotel di Sandakan, Sabah apabila mendapati salah sebuah bilik...

Sisa Pepejal Ketika Ramadan...

KANGAR - Pembuangan sisa pepejal di Perlis meningkat 20 hingga 25 peratus atau...

Daphne Iking Sanggup Balik Hari Untuk Mengundi

KEPADATAN jadual kerja tidak menghalang pengacara terkenal, Daphne Iking pulang ke Sabah untuk mengundi di Parlimen Penampang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), hari ini.

Memetik sumber, difahamkan Daphne yang kini menetap di Kuala Lumpur mengambil penerbangan pada jam 7.25 pagi tadi dari ibu kota ke ke Kota Kinabalu bersama suami iaitu Azmi Abdul Rahman dan anak lelaki mereka, Isidore Daniel.

“Walaupun ini kali ketiga saya mengundi, namun saya tetap hampir mengalirkan air mata. Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana berpeluang mengundi. Dalam semua pilihan raya yang pernah saya lihat sebelum ini, kali ini lebih rasa teruja,” katanya dipetik NSTP.

Daphne yang menunaikan tanggungjawab di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbanak, Penampang menjelaskan dia memutuskan untuk mengundi berdasarkan calon dan bukannya parti.

“Bagi saya, adalah penting kepada pemimpin untuk mencari jalan bagaimana membaiki kehidupan masyarakat walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza,” ujarnya.


Dalam pada itu, Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking turut berkata dia sempat menjamu selera makan tengah hari bersama keluarga sebelum menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Konsert Bruno Mars. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori