PENYANYI bersuara lantang, Deja Moss mendakwa rumah tangganya bersama Azfendy Azzuddin Ahmad mula retak berpunca daripada tindakan lelaki itu ‘bermain kayu tiga’ di belakangnya.
Memetik mStar Online, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss berkata, dia mengakui kecewa apabila pihak keluarga suaminya turut merahsiakan mengenai hal berkenaan.
āPunca sebenar perceraian saya adalah disebabkan kecurangan suami sejak 2013 lagi. Saya sangat sedih dan kecewa sebab rasa seperti diperbodohkan,ā kata Deja.
Ujarnya lagi, dia dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan memaklumkan bahawa lelaki berkenaan sudah keluar rumah pada 27 September 2017.
Tambah Deja, suaminya yang berumur 39 tahun itu menggunakan alasan tidak mempunyai anak sebagai punca utama untuk memfailkan perceraian terhadap dirinya.
āDia dah keluar rumah pada 27 September tahun lalu. Sejak itu, dia dah sekat saya di laman sosial dan telefon bagi membolehkan saya tidak dapat menghubunginya.
āAlasan yang diberi sebab nak cerai kerana kami tak ada anak walaupun dah kahwin hampir 10 tahun. Sebelum ini, saya pernah mencuba dan berusaha macam-macam untuk dapatkan zuriat.
“Tapi dia pernah berkata tak apa kalau tak ada anak. Sekarang lain pula jadinya,ā ujarnya.
Baca: Alasan Tiada Anak, Deja Moss Reda Diceraikan
Sumber berkata, sebutan lafaz cerai pasangan ini akan dilakukan pada 23 Mei ini di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.Ā āĀ MYNEWSHUB.CC