Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dataran Merdeka Kembali ke...

KUALA LUMPUR - Umpama menyelak helaian buku sejarah bermula daripada kemerdekaan 31 Ogos...

Pertemuan Wisma Putra-Dr Huang...

PUTRAJAYA - Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang sedang mengadakan pertemuan dengan...

PH Tawar Dasar Jelas...

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menawarkan satu dasar yang jelas sekiranya memenangi Pilihan...

Tahniah! Ana Raffali Selamat...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat penyanyi Ana Raffali selamat melahirkan bayi lelaki, Khamis lalu.Berita...

Demi Kebaikan Kelantan, MB Mahu Jumpa PM

BAGI membincangkan hala tuju kerjasama di antara Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mahu bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lapor akhbar tempatan, Ahmad mahu pentadbiran seperti dahulu diteruskan menerusi konsep kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara kerjaan negeri dengan kerajaan pusat.

Nasib rakyat di negeri pentadbirannya itu harus dibela dengan melaksanakan tuntutan dan hak rakyat.

“Hubungan Kelantan dengan Pusat sama seperti negeri-negeri lain. Kita hormati kerajaan yang dipilih rakyat dan bersedia menjalinkan hubungan G2G dengan Pusat. Kita tunggu dulu apa dasar kerajaan baharu ini.

“Kita juga sedang tunggu waktu sesuai untuk melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco Kerajaan PAS Kelantan di Kota Darul Naim, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri tidak berhasrat menaikkan tuntutan royalti minyak terhadap Kerajaan Pusat daripada lima kepada 20 peratus.


“Kita kekal dengan tuntutan lima peratus sebagaimana terkandung dalam perjanjian. Jika kerajaan Persekutuan berjiwa besar dan enggan beri 20 peratus, kita terima, tetapi yang penting kita pohon cuma lima peratus,” katanya.

Selain itu, sebagai langkah memastikan janji kepada rakyat dapat dipenuhi dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lepas, pasukan khas dikenali sebagai Bahagian Koordinasi dan Program Khas (BKPK) akan diwujudkan.

Dalam pada itu, Johan qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 baru-baru ini, Abdullah Fahmi Che Nor telah dianugerakan oleh kerajaan negeri sebuah rumah. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori