Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penduduk Campak Pencuri Dalam...

GUILIN - Tindakan seorang lelaki yang mencuri seekor anjing di sebuah kampung di...

Penari Gelek Dikecam, Bergelek...

SEORANG penghibur wanita, Rezeda Ganiullina mencetuskan kemarahan umat Islam di Rusia selepas menari tarian...

Naza Euro Sasar Jualan...

PUTRAJAYA - Naza Euro Motors Sdn Bhd menyasar menjual sehingga 90 unit Citroen...

Permainan Ramalan Di Laman...

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang...

Derma Darah Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211

IPOH – Polis Perak menyasarkan seramai 500 orang untuk menderma darah pada program derma darah sempena Peringatan Hari Polis ke-211 di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata program sehari itu bukan sahaja dapat mendekatkan hubungan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan orang awam, malah dapat membantu menambah bekalan darah di hospital di negeri ini.

“Kita tahu apabila tiba bulan Ramadan bekalan darah di bank hospital akan berkurangan, jadi program hari ini secara tidak langsung dapat membantu menambah bekalan darah di hospital.

“Saya difahamkan oleh kerana sambutan amat menggalakkan, pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun akan menambah bilangan katil atau kerusi untuk mereka yang ingin menderma darah agar tidak perlu berbaris lama,” katanya kepada pemberita.

Menurut Hasnan, selain menderma darah, pemeriksaan kesihatan secara percuma juga diadakan pada program yang berlangsung sehingga pukul 5 petang itu.


Program itu turut mendapat kerjasama daripada KMC Medical Center Ipoh, Ipoh Lion Club dan agensi kerajaan lain. – BERNAMA

Kategori