Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Akta Kebankrapan 1967 Antara...

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Kebankrapan 1967 untuk memberi nafas baharu kepada golongan...

Malaysia Sedia Berdepan Penularan...

KUALA LUMPUR - Situasi kejadian wabak penyakit virus Ebola (Ebola virus disease; EVD)...

180 Jam Khidmat Masyarakat...

Melaka - Seorang gadis diperintah menjalani khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah...

Polis Tembak Mati 3...

KOTA KINABALU - Tiga lelaki dipercayai warga asing yang disyaki terlibat dalam pengedaran...

Harap Kerajaan Baru Dapat Laksanakan Dasar Baik

JOHOR BAHRU – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri Johor berharap kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) dapat terus melaksanakan dasar yang memberi manfaat​​​​​​​ kepada perniagaan serta rakyat keseluruhannya.

Yang Dipertua, Datuk Syed Ali Alattas berkata pelaksanaan dasar yang berkesan dengan​​​​​​​ disokong kerjasama berterusan antara kerajaan dan DPMM dilihat akan membolehkan lebih banyak ruang penambahbaikan dan peluang perniagaan diwujudkan untuk anggota sedia adanya dan rakyat.

“Kita berharap di bawah pimpinan kerajaan baharu PH ini, kita akan terus dapat melaksanakan program DPMM bersama jabatan dan agensi kerajaan seperti Majlis Pembangunan Usahawan.

“Kerjasama ini juga penting terutamanya dalam menggerakkan dan membantu DPMM menguruskan​​​​​​​ yayasan yang berada di bawah DPMM iaitu Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Johor, Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM dan Yayasan Perubatan SMC,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini.

Syed Ali berkata, DPMM Johor akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan negeri pimpinan​​​​​​​ Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dalam menjayakan misi membangunkan usahawan Melayu, membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan rakyat selain menjayakan program perumahan mampu milik.

“Kita melihat barisan baharu kepimpinan negeri juga mempunyai pemimpin yang berwibawa dan kita berharap mereka akan dapat mewujudkan pentadbiran yang adil, saksama dan bijaksana untuk kebahagiaan rakyat dan kemajuan negeri Johor,” katanya.


PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berbanding Barisan Nasional (BN) 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan baru-baru ini.

PH kemudiannya memperolehi tambahan tiga kerusi DUN apabila tiga wakil rakyat BN bertindak keluar parti dan menyertai komponen PH, parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali gus menjadikan jumlah kerusi PH sebanyak 39 kerusi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DPMM

Kategori