Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pergerakan Tanah Apartment Teratai...

KUALA LUMPUR - Pergerakan tanah masih berlaku pada tahap minimum di kawasan tanah...

Suami Enggan Tonton Filem...

Apa yang akan anda lakukan andai permintaan untuk menonton filem tidak ditunaikan orang...

Kawalan Virus H5N1 Radius...

KUALA LUMPUR - Penyakit selesema burung di Kelantan sedang dikawal dalam lingkungan radius...

Didi Astillah, Chacha Maembong...

PENYANYI, Didi Astillah dan pelakon, Chacha Maembong terlibat dalam kemalangan ketika pulang ke...

Digi Fokus Kepada Tingkatkan Pendapatan Internet

KUALA LUMPUR – Digi.Com Bhd. akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan Internet dan bilangan pelanggan pasca bayar dalam tahun kewangan 2018, di tengah-tengah persekitaran operasi yang mencabar.

Ketua Pegawai Kewangan, Nakul Sehgal berkata, strategi ini telah mula membuahkan hasil dengan pendapatan Internetnya melonjak 22.5 peratus tahun ke tahun kepada RM761 juta pada suku pertama dan pendapatan pasca bayar bertambah 13.7 peratus kepada RM591 juta.

“Kami percaya kedua-dua segmen ini memberikan perniagaan yang lebih mampan kepada kami,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut di sini, hari ini.

Nakul berkata, Digi akan meningkatkan usaha dalam memacu pengewangan daripada pelanggan dengan memastikan mereka mendapat lebih banyak peluang menggunakan lebih banyak data.

Pada suku pertama, penggunaan data berada pada 7.2GB setiap pelanggan.

Nakul berkata, persekitaran persaingan terus memberi cabaran kepada syarikat itu dan kemungkinan besar akan menyaksikan pertumbuhan tidak berubah atau penurunan pendapatan sebanyak satu angka pada tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata, Digi akan terus memajukan ekosistem untuk perkhidmatan fintech ‘vcash’, yang masih di peringkat awal dan belum menguntungkan.


Tumpuan Digi sekarang adalah untuk mengembangkan senarai peniaga untuk perkhidmatan ini kerana ini akan membolehkan penggunaan maksimum sistem, katanya.

Mengenai pembukaan tender spektrum 700 megahertz (MHz) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nakul berkata, Digi telah memohon (untuk itu) memandangkan spektrum jalur rendah ini agak penting untuk pertumbuhan lebih banyak sentrik data pada masa depan.

“Itu mungkin sesuatu yang berlaku dalam beberapa suku akan datang,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DiGi

Kategori